“Awalnya Keluarga Was-Was”, Lelaki Malaysia Beristerikan Model Rusia Viral Di TikTok – Manis Madu
Lelaki Malaysia Beristerikan Model Rusia Viral Di TikTok

“Awalnya Keluarga Was-Was”, Lelaki Malaysia Beristerikan Model Rusia Viral Di TikTok

Kisah seorang lelaki Melayu yang beristerikan seorang wanita Rusia kian viral dengan video Tiktok mereka yang meraih 1.5 juta tontonan masa hanya dalam 24 jam.

@nuaryusliOne year ago i propose her… WE’RE MARRIED NOW. #internationalcouple #marriedcouple @annama1ia ❤️🇷🇺🇲🇾♬ habits – favsoundds

Mohamad Anwar Mohd Yusli, 27, atau nama glamornya Nuar itu berkongsi cerita bahawa mereka mulai kenal satu sama lain sejak 2018 lagi.

 

Anwar yang berkarier sebagai photographer dan kontraktor itu pertama kali bertemu wanita Rusia yang bersuri di hatinya, Anna Eltsova, di satu sesi bergambar di dalam negara pada tahun yang 2018.

Difahamkan, Anna telah bergiat sebagai model sepenuh masa di Malaysia sejak beberapa tahun lepas lagi.

 

“Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot baju.”

 

“Dia memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.” Jelasnya kepada Mstar.

 

Mereka kemudiannya mula berkawan pada tahun 2019 sebelum Nuar bertindak melamarnya pada Februari 2020 sewaktu hari lahirnya.

Cinta mulai berputik apabila mereka mulai menjadi kawan pada 2019. Apa yang lebih menarik, pada birthday Anna tahun lalu, lebih tepat lagi pada Februari 2020, Anwar mulai melangkah lebih jauh dengan melamar Anna di hari istimewanya itu.

 

“Mula-mula keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna lain dari yang lain”.

 

“Bila lama kenal, dia boleh adapt dengan budaya kita. Saya nampak dia suka duduk sini. Kawan-kawan dan keluarga pun beri sokongan kepada kami”.

 

Mereka selamat mendirikan rumahtangga di Teluk Panglima Garang, Selangor pada sabtu lalu setelah selama setahun bertunang.

 

“Saya melamar Anna sewaktu hari lahirnya pada Februari 2020. Saya bagi cincin tanda pertunangan, Alhamdulillah dapat saya harungi dugaan pertunangan dengan Anna” kata Nuar yang turut mengakui dugaan bertunangnya agak mencabar”.

 

Anwar meluahkan rasa syukur mereka akhirnya berjaya melepasi segala rintangan sebelum menjadi sah. Anwar turut berkongsi bahawa Anna bukanlah wanita yang mata duitan melainkan seorang yang amat mementingkan keikhlasan.

 

“Memang agak mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami,” katanya lagi.

 

Menurut Anwar, Anna yang sebelum ini melanjutkan pelajaran di AS fasih bertutur Bahasa Inggeris yang amat membantu mereka dalam berkomunikasi seharian, sambil Anna mempelajari Bahasa Malaysia dari Anwar.

Untuk pengetahuan Maduners, seperti biasa, Malaysian signature food nasi lemak menjadi kegemaran Anna selain turut meminati ikan bakar dan kebanyakan makanan pedas.

 

“Anna fasih berbahasa Inggeris, sebab dulu keluarga pernah hantar dia study di AS selama beberapa bulan.

 

“Dia juga sedang mendalami bahasa Melayu. Dia selalu tanya saya maksud perkataan yang tak difahami.

 

“Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang berbanding bahasa Rusia” ujarnya.

 

Video perkahwinan mereka yang viral di Tiktok setakat ini sudah mendapat 1.7 juta tontonan dan 233k tanda suka yang rata-rata mengucapkan tahniah dari netizen di Malaysia, Singapura serta Indonesia.

Post a Comment