Awas! Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Tertelan Bateri Alat Kawalan Jauh – Manis Madu
Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Tertelan Bateri Alat Kawalan Jauh

Awas! Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Tertelan Bateri Alat Kawalan Jauh

Kanak-kanak sememangnya individu kecil yang tidak mampu berfikir dengan waras dan matang. Siapa yang harus dipersalahkan jika berlaku sesuatu pada kanak-kanak?

 

Menyedihkan apabila baru-baru ini seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun meninggal dunia akibat tertelan bateri alat kawalan jauh di United Kingdom (UK).

 

Harper-Lee Farnthorpe secara tidak sengaja mengambil dan menelan  bateri berukuran duit syiling dari alat kawalan jauh di bilik tidur rumahnya di Stanffordshire, bulan lalu. 

 

Menurut New York Post, pihak berkuasa sempat mengeluarkan kenyataan mengenainya sebagai peringatan kepada ibu bapa mengenai insiden berkenaan.

 

Stacey Nickin yang merupakan Ibu kepada bayi itu memaklumkan anaknya memang suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut dalam satu kenyataan yang dihantar ke mahkamah bagi menentukan punca kematian tersebut.

 

Stacey berkata, dia dapat tahu tentang itu selepas salah seorang anak perempuannya membuat panggilan dan dimaklumkan bahawa Harper-Lee mengalami muntah darah.

 

Ibu kepada mangsa kanak-kanak itu dikatakan bergegas pulang dan mendapati ada ambulans di rumah.

 

“Harper-Lee dibawa ke bilik pembedahan namun saya diberitahu bahawa dia  telah meninggal dunia semasa dalam pembedahan” – Stacey.

 

Dr. Anna Piggot yang merawat kanak-kanak kecil itu juga mengesahkan mangsa telah tertelan bateri kecil. 

 

Sumber Gambar: Harian Metro

Post a Comment