Awas! Virus Marburg Dikesan Lebih Mudah Menjangkiti & Tersebar – Manis Madu
Awas! Virus Marburg Dikesan Lebih Mudah Menjangkiti & Tersebar

Awas! Virus Marburg Dikesan Lebih Mudah Menjangkiti & Tersebar

Setiap hari pasti ada kematian yang berlaku disebabkan virus Covid-19 yang melanda dunia. Belum reda dengan ancaman Covid-19, kini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran awal berkenaan virus baharu yang dikenali sebagai  Marburg.

 

Perkara itu dijelaskan selepas seorang lelaki di Guinea, Afrika Barat dipercayai mati selepas dijangkiti virus Marburg.

 

Berikutan laporan yang dibuat Insider, lelaki berkenaan dipercayai mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan organ sebelum kematiannya disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, Isnin lalu.

 

Lelaki terbabit difahamkan mengunjungi klinik tempatan untuk mendapatkan rawatan tetapi keadaanya merosot dengan sangat cepat.

 

Penyelidik di Guinea’s National Hemorrhagic Fever Laboratory dan Institut Pasteur di Senegal mengesahkan lelaki berkenaan dijangkiti virus Marburg yang berpotensi untuk tersebar jauh dan meluas.

Menurut WHO, Virus Marburg berpunca dari kelawar buah dan disebarkan dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan dan cecair badan

Menurut WHO, virus tersebut berpunca dari kelawar buah dan disebarkan dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan dan cecair badan.

 

Virus Marburg dikatakan berasal dari keluarga virus yang sama dengan Ebola dimana kedua-dua virus ini mempunyai kadar kematian sehingga 50 peratus.

 

Individu yang terkena virus Marburg ini cenderung mengalami demam dan sakit kepala secara tiba-tiba pada peringkat awal dengan pendarahan awal yang teruk berlaku dalam masa tujuh hari. 

 

Setakat ini seramai 32 orang telah dijangkiti virus tersebut dengan jumlah kematian sebanyak 7 orang kesemuanya.

Sumber Gambar: Insider

Post a Comment