Sebanyak 70 Kes Wanita Hamil Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Di Malaysia – Manis Madu
wanita hamil depan pintu

Sebanyak 70 Kes Wanita Hamil Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Di Malaysia

Wanita hamil merupakan antara individu berisiko tinggi dalam situasi pandemik sekarang. Kes Covid-19 berkaitan wanita hamil juga akan diberi perhatian lebih berbanding individu biasa.

 

Untuk pengetahuan Maduners, sejumlah 3, 396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil sejak Mac 2020 sehingga Jun lalu meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah kes secara keseluruhan di negara kita.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes dilaporkan semakin meningkat sejak Oktober 2020 dengan purata 200 kes jangkitan sebulan.

 

Menurut laporan, lonjakan kes dapat dilihat pada Mei dan Jun lalu masing-masing sebanyak 850 kes dan 899 kes.

 

Tambah beliau lagi,  sebanyak 70 kes kematian wanita hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan tahun ini setakat 9 Ogos lalu dengan 47 peratus daripada kes kematian yang dilaporkan mempunyai komorbid.

 

“Tahun lalu, tiada kes kematian melibatkan ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

person holding baby's index finger

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pada tahun ini, purata kes kematian Covid-19 bagi Januari hingga Mei adalah dua kes sebulan sebelum meningkat mendadak pada Jun dengan 17 kes kematian.

 

“Data menunjukkan dua kes menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes lagi tidak menerima vaksin Covid-19,” katanya.

 

70 bukan angka yang sedikit! Jaga diri baik-baik Maduners.

Post a Comment