Awet Muda Hanya Dengan Minum Teh Angco? Rahsia Kecantikan Yang Ramai Tak Tahu! – Manis Madu
Minum Teh Angco

Awet Muda Hanya Dengan Minum Teh Angco? Rahsia Kecantikan Yang Ramai Tak Tahu!

Maduners pernah dengar pasal buah angco?

 

Buah angco adalah sejenis buah yang berasal dari China, berbentuk seperti buah kurma sehinggakan buah ini disebut sebagai kurma China.

angco

Buah angco berfungsi sebagai ramuan herba yang dapat mengatasi pelbagai penyakit. Lazimnya buah ini dijadikan sebagai teh untuk diminum. Ia diperkaya dengan vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, zat besi, fosfor dan magnesium. Haa, banyak kan?

 

Antara manfaat yang boleh diperoleh jika memakan buah ini adalah:

#1 Mencegah sembelit

sembelit

Sumber gambar: keluarga.my

Punca masalah sembelit berlaku adalah kerana kekurangan serat. Badan kita perlukan serat tau untuk memudahkan proses pembuangan air besar.

 

Haa, untuk atasi masalah ini korang boleh cuba minum teh angco! Minum sebanyak dua kali seminggu sehingga masalah ini selesai. Cubalah!

#2 Baik untuk kesihatan jantung

kesihatan jantung

Teh ini juga bagus untuk kesihatan jantung tau. Ia terbukti mampu melancarkan fungsi jantung dengan baik. Jantung yang sihat dapat menjamin kehidupan yang lebih baik dan segar! Siap boleh buat macam-macam aktiviti lagi.

#3 Awet muda

Awet muda

Cuba cakap dekat Madu siapa jerr tak suka jadi awet muda? Semua orang nak nampak lebih muda daripada usia sebenar kan?

 

Berita baik untuk korang sebab dengan mengamalkan minum teh angco ini dapat menjadikan korang lebih awet muda. Teh ini bagus untuk kulit kerana ia kaya dengan vitamin yang boleh buatkan kulit korang lebih sihat dan cantik!

 

Haa, itulah antara manfaat buah angco, best kan?

 

Untuk pengetahuan Maduners, buah angco juga sesuai dijadikan sebagai buah tangan ketika meziarahi sanak saudara ketika Tahun Baru Cina.

Korang pun tahu kan, masyarakat Cina dengan teh memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku gitcheww! Memang sesuai sangat bawak teh angco sebagai buah tangan ketika perayaan Tahun Baru Cina.

 

Sekarang Madu akan kongsikan pula cara untuk hasilkan teh angco. Senang jerr!

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji buah angco
  • Madu secukupnya
  • Satu gelas air putih

 

Apa korang kena buat adalah rebus 3 biji buah angco tersebut kemudian campurkan dengan air putih yang telah dicampur madu terlebih dahulu. Ingat, korang jangan campurkan madu dengan air panas kerana berkemungkinan nutrisi yang ada dalamnya akan hilang.

 

Sebenarnya banyak lagi cara untuk nikmati buah angco tapi antara cara yang paling mudah adalah seperti yang Madu kongsikan di atas. So, selamat mencuba Maduners!

Post a Comment