Bukan Student Kalau Korang Tak Kenal 5 Makanan Ini, Paling Famous Untuk Jimat Masa Belajar! – Manis Madu
5 Makanan Paling Famous Dalam Kalangan Student

Bukan Student Kalau Korang Tak Kenal 5 Makanan Ini, Paling Famous Untuk Jimat Masa Belajar!

Kehidupan sebagai pelajar di universiti atau kolej sememangnya mempunyai cabaran dan kesusahannya yang tersendiri.

pelajar di universiti atau kolej

Bagi yang mempunyai pengalaman, mesti tahu! Cabaran yang dihadapi bukan sahaja dari segi pembelajaran tetapi kadang-kadang krisis kewangan juga boleh jadi sangat merungsingkan.

 

Haa sekarang ini Madu nak kongsi dengan korang beberapa jenis makanan yang menjadi makanan ‘asasi’ pelajar ketika menghadapi masalah kewangan. Cuba korang check, betul ke tidak?

#1 Mi segera

Siapa jerr bergelar pelajar yang tak makan mi segera? Bukan jerr pelajar IPTA, pelajar sekolah pun curi-curi makan mi segera di asrama! Betul tak?

Mi segera

Perisa paling famous mestilah kari dan tomyam! Masak dalam rice cooker, pecahkan telur, memang layan. Sekarang sudah pelbagai perisa dijual. Tinggal pilih jerr.

#2 Biskut kering

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hup Seng (@myhupseng)

Makanan yang satu ini memang antara yang famous juga dalam kalangan pelajar. Untuk sarapan atau minum petang, ini adalah pilihan yang tepat! Tapi bagi yang pemalas atau nak jimat, memang ini makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam!

 

Yang peliknya, bila tengah takde duit, boleh pula bertahan dengan hanya makan biskut kering. Time ada duit, bukan main belanja besar!

#3 Nasi putih + telur + kicap

Menu ini yang Madu paling suka! Walaupun simple tapi sedap dan nikmat sangat. Nasi panas-panas, gaul dengan kicap dan makan dengan telur mata. Fuhhh, paling onz!

 

Kadang-kadang duit ada jerr tapi rasa teringin dan rindu nak makan nasi dengan telur dan kicap sahaja. Siapa macam Madu?

#4 Nasi bujang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z.A.M.Y (@zamy6786)

Alahai, siapa tak kenal menu ini memang saja jerr. Dengan harga lingkungan RM2.50 – RM3.50 korang akan dapat nasi putih bersama telur dadar, sambal belacan dan sup kosong. Paling penting dalam nasi bujang adalah sambal belacan dan sup.

 

Tapi takde masalah bila hidup sebagai pelajar, yang penting jimat dan kenyang!

#5 Sardin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DADDYiSTHECHEF (@daddyisthechef)

Lauk ini juga dikira sebagai lauk yang sinonim dalam kalangan pelajar. Cuma kalau nak dapatkan hidangan sardin yang sedap dan memuaskan hati, kena masak terlebih dahulu. Tumis bawang dan cili padi, baru puas hati! Tapi ramai jerr yang terus makan atau hanya panaskan sahaja tanpa tumis-menumis. Complicated!

 

Jadi, lulus tak makanan-makanan yang Madu senaraikan di atas? Mana satu favourite korang?

Post a Comment