“Ayam Dah Macam Getah Tayar!” Pelanggan Muak Isu Kualiti KFC Makin Teruk – Manis Madu
“Ayam Dah Macam Getah Tayar!” Pelanggan Muak Isu Kualiti KFC Makin Teruk (1)

“Ayam Dah Macam Getah Tayar!” Pelanggan Muak Isu Kualiti KFC Makin Teruk

Setelah agak lama tidak timbul isu luahan pelanggan tentang kualiti makanan di restoran makanan segera. Namun, baru-baru ini isu seperti ini tular lagi di media sosial.

 

Menurut muat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Asyraf, dia menunjukkan hidangan burger yang dibelinya pada hari tersebut didakwa menggunakan ayam lama dan cuma dipanaskan.

“Kau panggil ni makanan ke apa? Kualiti dah gaya getah tayar? Totally ayam lama yang mungkin dipanaskan entah berapa kali,” tulisnya.

 

Dapat dilihat dalam video itu, ayam pada burger cuba dileraikan atau ditarik tetapi tidak boleh kerana tekstur ayam lama sudah menjadi liat dan tidak segar.

 

Kejadian berlaku di cawangan restoran makanan segera di Cyber Valley.

 

Luahan itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata turut meluahkan kekecewaan terhadap kualiti restoran itu kerana pernah berdepan situasi sama.

 

“Saya kena fries lemau dan kering. Mungkin fries diisi pagi atau tengahari sebab lemau gilerr dan bungkusan tu berminyak sangat-sangat macam dah lama diisi,” komen seorang warganet.

 

“Haritu beli 5 zinger cheezy burger, 2 ada rambut. Geli!” Aduh, sampai jumpa rambut dalam burger!

 

“Kesian atuk penat-penat buat resipi, dapat kat cicit kualiti tak jaga,”

 

Tidak kurang juga ada segelintir warganet yang menyarankan untuk memboikot restoran makanan segera berkenaan memandangkan kualiti semakin lama semakin teruk.

 

“Dah boleh boikot KFC ni. Dah banyak viral pasal product quality. Banyak lagi fast food yang okay,” 

 

“KFC ni kena aim quality dari quantity. Outlet berlambak tapi stok banyak habis. Itu habis, ini habis. Sedap-sedap je replace dengan benda lain,” komen warganet lain.

 

Memang spoil kalau tengah lapar dan nak makan tapi makanan pula tak berkualiti dihidangkan. Potong mood! Harapnya pihak berwajib boleh ambil tindakan dan tingkatkan kualiti apa yang patut. Jangan sampai kena boikot!

Post a Comment