Baju Muslimah Seksi Natasha Hudson, Ini Komen Rizman Ruzaini
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan berani Natasha Hudson menggayakan busana ‘muslimah seksi’, dan ini komen pereka fashion yang amat dikenali ramai Rizman Ruzaini.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan Maduners, Rizman terkejut apabila mengetahui koleksi rekaannya, dress berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu dipakai selebriti bertudung.
Baju tersebut telah sold melalui online platform sejak 3 bulan yang lepas, jelas Rizman apabila ditanya siapakah pembelinya.
“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.
“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.
“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” luah Rizman kepada wartawan Kosmo! Online.
Rizman juga turut menjelaskan bahawa dirinya tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat, dan telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab”.
“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.
Di samping itu, make-up artist yang bertanggungjawab menggayakan Natasha juga turut ditegur Rizman yang merasakan mereka perlu menjaga sensitivity masyarakat serta wanita muslim berhijab.
Sebelumnya, Natasha memakai dress berkenaan ketika menjayakan sebuah majlis pelancaran produk Crystal C White yang menyaksikannya sebagai wajah dan ikon produk bersama aktor kacak, Keith Foo yang merupakan dutanya.