Gadis Meninggal Kerja Lebih Masa Ikut Kaedah 996 – Manis Madu
Gadis Meninggal Kerja Lebih Masa Ikut Kaedah 996

Gadis Meninggal Kerja Lebih Masa Ikut Kaedah 996

Seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia setelah menjalani kerja mengikut corak 996.

996 adalah satu cara kerja yang sangat dibanggakan dan suggested oleh Jack Ma. Waktu bekerja bagi cara kerja 996 adalah selama 12 jam sehari dari jam 9 pagi hingga 9 malam serta 6 hari seminggu.

 

Kejadian berlaku di pinggiran Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang China kira-kira pada jam 1:30 pagi pada 29 Disember lalu yang melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun jatuh di kaki lima ketika dia berjalan pulang dari tempat kerja.

 

Ketika kejadian, paramedik datang dan berusaha membantu wanita tersebut namun setelah enam jam dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di hospital.

 

Wanita yang hanya dikenali dengan nama belakangnya Zhang itu adalah pekerja syarikat Pinduoduo, salah satu syarikat e-dagang terbesar di China dan juga di dunia.

 

Zhang yang bekerja di Pinduoduo, salah satu syarikat e-dagang terbesar di China dan juga di dunia itu baru bekerja selama enam bulan. Kematian Zhang dikatakan akibat budaya cara kerja 996 yang sudah lama wujud dalam industri teknologi China. Mengejutkan bukan!

 

Cara kerja 996 ini juga turut menggalakkan perkerja melakukan kerja lebih masa. Selain Jack Ma, pengasas JD.com, Richard Liu Qiangdon dan eksekutif tertinggi China yang lain juga turut menggalakkan rules 996 tersebut.

 

Sementara itu, Pinduoduo, syarikat Zhang bekerja tidak memberikan penyebab kematian Zhang dalam satu kenyataan pada Isnin lalu.

 

Walaubagaimanapun, punca kematian Zhang dipercayai kerana terlalu penat bekerja. Keluarga Zhang dilaporkan menolak bedah siasat terhadap mayat Zhang.

 

Madu harap Maduners dapat balance-kan waktu kerja dan beristirehat secukupnya! Stay healthy!

Post a Comment