Bangga Boleh Dine In Tanpa Vaksin, Wanita & Keluarga Dikecam Netizen! – Manis Madu
Bangga Boleh Dine In Tanpa Vaksin, Wanita dan Keluarga Dikecam Netizen

Bangga Boleh Dine In Tanpa Vaksin, Wanita & Keluarga Dikecam Netizen!

Perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook tentang ‘eksperimen sosial’ yang dilakukan bersama suaminya untuk melihat sama ada boleh makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin, dikecam orang ramai.

 

Menurut laporan, satu tangkap layar perkongsian tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam, wanita berkenaan dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.

“Haritu beberapa hari saya buat ‘social experiment’ lepas media beritahu yang dua dos vaksin boleh masuk sana sini yang tiada boleh mereput di rumah. Saja nak cuba semua kedai saya masuk, tiada satu premis pun yang semak saya dua dos ke tidak.

 

“Suami pun cuba tapi dihalau waktu masuk ke kedai gunting rambut namun akhirnya dia dapat masuk juga ke kedai lain. Jadi lepas ni kita sokong kedai gunting rambut yang betul-betul cari duit sahaja,” katanya dalam perkongsian tersebut.

 

Tambah wanita berkenaan, dia dan keluarga turut mencuba nasib bersarapan di sebuah kedai yang tidak dinyatakan lokasinya dan berbangga apabila tiada sebarang semakan dilakukan dan mereka bebas menikmati hidangan tanpa sebarang masalah.

 

“Siapa kata tak cucuk dua dos tidak boleh dine in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine in pagi ni. Tiada yang mustahil,” katanya.

 

Perkongsian wanita tersebut menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

 

Perkara ini juga dilihat sebagai tidak menghormati undang-undang yang telah ditetapkan selain pelanggaran prosedur operasi standard secara terang terangan.

Post a Comment