Banjir Air Mata! Netizen Sebak ‘Budi’ Dua Gadis Bantu Pakcik Buntu Cari Pekerjaan – Manis Madu
Banjir Air Mata! Netizen Sebak ‘Budi’ Dua Gadis Bantu Pakcik Buntu Cari Pekerjaan

Banjir Air Mata! Netizen Sebak ‘Budi’ Dua Gadis Bantu Pakcik Buntu Cari Pekerjaan

Tular di laman TikTok satu video menunjukkan dua orang gadis sedang makan dan di sebelah meja mereka terdapat seorang pakcik yang juga turut makan di situ.

“Ada sorang pakcik ni duduk sebelah kami, dia makan laju sangat but nak tegur macam segan,” tulis keterangan dalam video itu.

 

Namun, salah seorang daripada mereka memberanikan diri untuk menegur pakcik berkenaan dan ajak berbual. Gadis tersebut juga dilihat menghulurkan tisu untuk pakcik itu.

 

Ternyata, lelaki separuh abad itu datang dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan tetapi tidak ada satu pun yang menerimanya atas faktor umur dan kesihatan.

 

Then kitorang pun tolong la mana yang mampu. Harap dapat kurangkan sikit beban pakcik ni,” ujarnya.

 

Di penghujung video itu, gadis yang berbual dengan pakcik tersebut dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.

 

Tidak kurang juga di ruangan komen, rata-rata netizen ‘banjir’ airmata melihat keadaan lelaki separuh baya itu dan kebaikan gadis-gadis yang membantunya.

 

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang bertindak mencari pakcik tersebut untuk menghulurkan bantuan. Semoga dipermudahkan urusan pakcik itu dan dipermudahkan jalan bagi sesiapa yang nak membantu!

Post a Comment