Banjir Akibat Ban Pecah, Maybank Islamic Sumbang Baucar Wang Tunai Kepada Penduduk Terjejas – Manis Madu
Banjir Akibat Ban Pecah, Maybank Islamic Sumbang Baucar Wang Tunai Kepada Penduduk Terjejas

Banjir Akibat Ban Pecah, Maybank Islamic Sumbang Baucar Wang Tunai Kepada Penduduk Terjejas

Lebih kurang 126 orang terjejas dalam kejadian banjir akibat ban pecah di Sungai Muar, Kampung Spang Loi hujung tahun lalu.

Banjir

Sehubungan dengan itu, Maybank Islamic terpanggil untuk menyampaikan bantuan baucar wang tunai di surau Kampung Jawa, Buloh Kasap, Segamat, Johor.

 

Sumbangan yang diberikan itu bertujuan untuk meringankan beban penduduk terjejas, selain memberi fleksibiliti kepada mereka dalam membeli barangan yang diperlukan mengikut keperluan masing-masing.

Banjir 3

“Memandangkan kawasan ini antara yang paling teruk terjejas, Islamic Relief Malaysia menyarankan kepada pihak penaja untuk menyalurkan bantuan pasca banjir di sini. Para penerima manfaat yang dipilih juga antara yang terjejas kewangan akibat pandemik Covid-19 selain hasil tanaman yang menjadi mata pencarian mereka turut musnah dalam banjir.

 

“Setiap keluarga yang menerima sumbangan hari ini boleh menggunakan baucar wang tunai yang diberikan di pasaraya Nirwana Maju berdekatan tempat tinggal mereka dan boleh ditebus dalam tempoh setahun dari tarikh penerimaan,” kata Fa’azurah Kadir, Pengurus Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia.

 

Para penerima manfaat dan juga ketua kampung di kedua-dua lokasi bantuan menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

“Saya sangat bersyukur dan gembira atas bantuan yang diberikan. Terima kasih Maybank Islamic dan Islamic Relief Malaysia atas sumbangan ini. Ringan beban kami kerana banyak lagi keperluan persekolahan yang masih belum dibeli dan dapatlah juga kami membeli keperluan asas untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” kata salah seorang penduduk.

Post a Comment