Bantu Suami, Anak M Nasir Tak Malu Jadi Penebar Roti Canai! – Manis Madu
Anak M Nasir Tak Malu Jadi Penebar Roti Canai

Bantu Suami, Anak M Nasir Tak Malu Jadi Penebar Roti Canai!

Meneruskan legasi perniagaan roti canai bapa, Nor Aishah, 30, tidak pernah malu menjadi penebar roti canai di kedai makan yang diusahakannya di persisiran Jalan Sultan Iskandar Shah, berdekatan Taman Mayang Sari di sini.

 

Aishah yang juga pemegang Diploma Sains Komputer daripada sebuah universiti awam itu berkata, pekerjaan itu dilakukan untuk membantu suaminya, Radhi Ramli, 32, yang bekerja sebagai pemandu lori sampah bagi menyara keluarga.

 

Menurutnya, setahun selepas menamatkan diploma pada tahun 2013, timbul minat untuk menceburi bidang perniagaan ketika bekerja sebagai pembantu gerai di warung yang diusahakan bapanya sementara menunggu peluang kerja.

Anak M Nasir

Sumber Gambar: hmetro.com

Kemahiran menebar roti canai dipelajari dengan hanya memerhati kegiatan bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu.

 

“Bapa tidak pernah memaksa saya untuk meneruskan legasi perniagaan roti canai. Bahkan teknik menebar roti canai juga saya pelajari melalui pemerhatian sewaktu bekerja di kedai makan bapa.”

 

Anak keenam daripada 10 beradik itu berkata, kemahiran menebar roti canai turut dimiliki adik perempuan dan dua kakaknya. Malah, adik serta seorang daripada kakaknya turut mengusahakan gerai roti canai di Kuala Kangsar.

 

Menurutnya, bapa mereka lebih mesra disapa sebagai ‘M Nasir’ oleh kenalan dan penduduk setempat.

 

“Justeru, penduduk setempat menggelar kami tigak beradik ini sebagai ‘trio anak perempuan M Nasir,” katanya lagi.

 

Lepasan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkongsi, dia pernah disindir kerana melakukan pekerjaan itu walaupun memiliki diploma namun dia mengambil tindakan untuk tidak menghiraukan perkara itu.

 

“Memang pada mulanya saya ingin mencari kerja yang bersesuaian dengan diploma diperoleh namun ditakdirkan, agak sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang itu.

 

Bahkan, menurut Nor Aishah, dia tidak lagi berharap untuk bekerja makan gaji bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki sebaliknya hanya mahu fokus mengembangkan lagi perniagaannya.

 

“Kebiasaannya, setiap hari saya menjual tidak kurang daripada 350 roti canai. Alhamdulillah, selain dibantu empat pekerja, suami turut membantu mempersiapkan gerai sebelum dia memulakan tugasnya mengutip sampah jam 6.30 pagi,” katanya.

Post a Comment