Bapa Fanatik Rutin Kecergasan Dipenjara 30 Bulan Kerana Paksa Anak Tandatangan Kontrak ‘Tidak Boleh Gemuk’! – Manis Madu
Bapa Fanatik Rutin Kecergasan Dipenjara 30 Bulan Kerana Paksa Anak Tandatangan Kontrak ‘Tidak Boleh Gemuk’

Bapa Fanatik Rutin Kecergasan Dipenjara 30 Bulan Kerana Paksa Anak Tandatangan Kontrak ‘Tidak Boleh Gemuk’!

Pernah terfikir tak, wujud individu yang fanatik dengan rutin kecergasan hingga boleh membahayakan nyawa? Jawapannya, ada!

 

Menurut laporan Metro.co.uk, seorang bapa yang terlalu fanatik dengan rutin kecergasan sehingga memaksa anaknya menandatangani kontrak tidak masuk akal, akhirnya dipenjara selama 30 bulan.

 

Rachid Khadla, 56, memaksa tiga anaknya mengikuti rutin kecergasan yang ditetapkannya sehingga boleh membahayakan nyawa mereka.

Rachid Khadla memaksa tiga anaknya mengikuti rutin kecergasan

Membuat pendedahan mengenai perkara tersebut, Karim, Amira dan Hitcham berani mendedahkan penderaan yang dilakukan bapa mereka termasuk mewajibkan timbangan berat badan setiap minggu.

keluarga Khadla

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga memaksa satu-satunya anak perempuannya untuk menandatangani kontrak pelik yang antaranya bertulis ‘saya tidak akan membiarkan diri saya gemuk, saya akan melakukan banyak latihan untuk memastikan saya tidak akan gemuk walaupun saya mati’.

 

Situasi berkenaan menyebabkan Amira mengalami gangguan pemakanan menurut pemberitahuan mahkamah Reading Crown Court.

 

Selain pemakanan dan rutin kecergasan, Khadla juga dikatakan mengawal segala aspek kehidupan anak-anaknya termasuk akses kepada internet, telefon bimbit dan kunci rumah.

Sumber Gambar: metro.co.uk

Post a Comment