Barber Masih Tutup? Urus Rambut Dengan Style, Ikut Cabaran #HairsomeMan
Waktu PKPB ini kedai gunting rambut masih tidak diberi kebenaran beroperasi dan mesti ada yang dah rimas dengan rambut panjang.
Sekarang dah kena masuk kerja macam biasa, takkan Maduners nak pergi kerja dengan rambut yang panjang, nak buat kerja pun tak senang sebab rimas dengan rambut masing-masing.
Kalau nak gunting rambut sendiri takut pula jadi caca merba rambut Maduners, kemudian diketawakan pula rakan sekerja. Aduh, malunya.
Sebab itu Maduners kena tonton dulu cabaran HairsomeMan di Tik Tok, barulah tahu caranya nak trim rambut sendiri dengan kemas.
Kalau ikut cara yang dikongsi oleh selebriti seperti Izzue Islam dan Sean Lee untuk gunting rambut mesti cun jerr rambut Maduners nanti. Senang cerita, bukan handsome je, sekali hairsome juga!
Kalau tengok video yang dimuat naik, mereka guna syampu Head & Shoulders Ultramen. Maduners kena ikut 4 langkah mudah jer ‘Just Wash It, Trim It, Wash It, Style It’, lepastu dah boleh jadi HairsomeMan!
Alang-alang Maduners dah ikut cara selebriti uruskan rambut mereka guna Head & Shoulders Ultramen Shampoo, bolehlah terus sahut cabaran #HairsomeMan di Tik Tok.
Dah rakam, kemudian muat naik dekat Tik Tok dengan guna #HNSHAIRSOMEMAN dan jangan lupa tag @headandshouldersmy
Kalau pasal kaspyen pula, Madu cadang Maduners sambung ayat ni “Head & Shoulders Ultramen menjadikan rambut saya……”
Sebab apa Madu bagi cadangan di atas? Sebab Maduners yang sahut cabaran ni berpeluang menang hadiah menarik daripada Head & Shoulders!
Tunggu apa lagi tu? Jom, Maduners, kita sahut cabaran #HairsomeMan