Batik! Sekadar Trend Fesyen Atau Khazanah Kraftangan Tradisional? – Manis Madu
Sekadar Trend Fesyen Atau Khazanah Kraftangan Tradisional

Batik! Sekadar Trend Fesyen Atau Khazanah Kraftangan Tradisional?

Batik merupakan kraftangan tradisional yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia. Tapi sekarang ini adakah batik hanya dianggap sekadar trend fesyen ataupun khazanah kraftangan tradisional?

 

Kalau kita bandingkan seni batik yang dulu dengan sekarang banyak sangat inovasi yang dah dibuat.

Kalau dulu kain batik ini hanya dipakai oleh orang-orang tua sahaja, tapi sekarang semua golongan umur pun dah mula memakai batik termasuk golongan kanak-kanak.

golongan umur pun dah mula memakai batik

Maduners nak tahu apa yang lebih menarik tentang batik? Batik bukan sahaja digunakan untuk dijadikan pakaian, corak batik zaman sekarang dah digunakan dalam mencipta atau menginovasi pelbagai produk.

batik digunakan dalam mencipta atau menginovasi pelbagai produk

Sumber Gambar: niugen.blogspot.com

Madu percaya, salah satu idea yang Maduners semua dapat untuk hasilkan produk berasaskan batik ini mesti dipengaruhi globalisasi juga kan? Jadi senang untuk Maduners semua kembangkan idea.

Batik Stamp

Contohnya macam sekarang kita dah ada anting-anting, tudung, selipar, bag tangan dan pelbagai lagi aksesori terutamanya perhiasan wanita yang dibuat berasaskan batik.

 

Hasilnya, terciptalah barangan yang pelbagai dari corak batik. Sesiapa yang mengenakan batik ini mesti nampak cantik dan elegant.

 

Memang kita tak dapat nafikan ramai yang suka dengan corak batik ini disebabkan hasil seni yang menarik dan juga harga yang berpatutan.

Post a Comment