Bau Busuk, Tapi Petai Boleh Bantu Tangani Stress? – Manis Madu
khasiat petai

Bau Busuk, Tapi Petai Boleh Bantu Tangani Stress?

Kebanyakan dari kita mesti ada yang suka sangat makan petai tapi tak kurang juga ada yang tak makan sebab baunya bukan?

 

Apa kata, kita lupakan sebentar bau yang kuat menusuk hidung itu tapi kita fokus kepada khasiat yang dibawa oleh ulam yang bernama petai ini.

 

Biasanya, petai ini banyak dijual di pasar-pasar malam dan juga di tepi jalan serta tak kurang juga sekarang ada petai yang dijual di Shopee!

petai

#1 Bantu Tangani Stres

Bantu-Tangani-Stres

Tinjauan terhadap seseorang yang kerap mengalami tekanan menunjukkan bahawa tahap stres boleh dikurangkan dengan pengambilan petai.

 

Hal ini kerana, petai mengandungi sebuah protein yang bernama trytophan yang mampu membantu badan untuk menghasilkan lebih banyak serotonin.

 

Serotonin merupakan hormon di dalam badan yang membolehkan seseorang itu mempunyai emosi yang stabil dan juga berasa gembira.

 

Maka, tak peliklah kalau petai mampu buatkan seseorang itu tangani stres kan?

#2 Mencegah Kanser

Mencegah-kanser

Hal ini kerana, petai juga mengandungi sebuah bahan yang menjadi fungsi utama dalam melawan tumor. 

 

Kajian yang dijalankan di Thailand juga mendapati bahawa pengambilan biji petai yang mentah mampu mencegah kejadian kanser esofagus.

#3 Jantung Lebih Sihat

Jantung-Lebih-Sihat

Disebabkan petai mengandungi omega-3 dan juga omega-6, maka ianya mampu mejaga tahap kesihatan jantung seseorang.

 

Selain jantung, petai juga mampu mengawal tekanan darah agar jantung sentiasa bekerja dengan baik dan fungsi ini dikawal oleh jumlah kalium yang tinggi dalam petai!

#4 Kurangkan Keradangan

Kajian juga menunjukkan petai mempunyai sifat antiradang. Oleh itu, kerana sifatnya yang antiradang, petai juga mampu mengelakkan keradangan.

 

Keradangan boleh membawa kepada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kanser, penyakit neurologikal, gangguan metabolik (seperti diabetes) dan penyakit kardiovaskular.

#5 Bagus Untuk Tulang dan Gigi

Bagus-Untuk-Tulang-dan-Gigi

Oleh kerana nutrisinya yang tinggi kalsium dan fosforus, petai juga bagus untuk tulang.

 

Fosforus  penting untuk gigi yang sihat, melindungi tulang dari osteoporosis, serta mampu menyokong fungsi sel di dalam badan.

 

Jadi, kalau mulut busuk lepas makan petai janganlah merungut, pergi je berus gigi kan dah hilang baunya.

 

Jadi bagaimana Maduners semua? Lepas ini nak cuba tak makan petai?

Sumber Gambar: The Malaya Post

Post a Comment