Bawa Anak-Anak Solat Terawih, Nasihat Imam Masjid Besi Buat Ramai Sebak & Terharu! – Manis Madu
Bawa Anak-Anak Solat Terawih, Nasihat Imam Masjid Besi Buat Ramai Sebak & Terharu!

Bawa Anak-Anak Solat Terawih, Nasihat Imam Masjid Besi Buat Ramai Sebak & Terharu!

Sambutan Ramadhan dalam suasana peralihan fasa pandemik ke endemik memang pengalaman baru buat seluruh umat Islam yang menyambutnya.

 

Setelah hampir tiga tahun tak merasa puasa tanpa bazar, puasa tanpa menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid, akhirnya kali ini kita berpeluang melakukannya lagi.

 

Kemeriahan ini bukan sahaja dirasai oleh golongan dewasa mala golongan kanak-kanak juga turut teruja merasai suasana terawih meskipun rata-rata hanya hadir sekadar menemani ibu bapa masing-masing.

 

Namun begitu, ada yang memberikan pendapat berbeza yang mana mereka beranggapan bahawa ibu bapa seharusnya tidak membiarkan anak masing-masing membuat bising di masjid sehingga mengganggu jemaah yang lain.

 

“Kelonggaran ini bukan lesen untuk ibu bapa lepas tangan, didik anak-anak untuk jaga perangai dan bawa bacaan atau mainan untuk anak-anak.

 

“Ibu bapa masih perlu mengingatkan anak-anak mereka supaya tidak bising atau perlahankan suara ketika bergurau,” antara pendapat yang dilontarkan berkenaan perkara ini.

 

Namun begitu, ciapan daripada seorang individu yang memetik kata-kata Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya mungkin membuatkan hati netizen berasa sayu kerana terselit seribu makna.

“Jika anak-anak berlari ke sana-sini, menjerit, kami harap tuan puan boleh berlapang dada, kerana masjid ini telah 2 tahun merindui suara kanak-kanak,” tulis ciapan tersebut.

 

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dan memuji tindakan imam tersebut kerana lebih terbuka serta meraikan kedatangan kanak-kanak ke masjid tersebut.

Post a Comment