Bawa Beg Orang Lain Di Airport Dosa Paling Besar, Hati-Hati Dengan Keldai Dadah! – Manis Madu
Bawa Beg Orang Lain Di Airport Dosa Paling Besar, Hati-Hati Dengan Keldai Dadah!

Bawa Beg Orang Lain Di Airport Dosa Paling Besar, Hati-Hati Dengan Keldai Dadah!

Bagi seorang traveller, banyak perkara yang perlu diberi lebih perhatian. Terutamanya tentang keselamatan.

 

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi tentang satu pengalaman ketika dia menggembara ke negara-negara Eropah bersama rakannya.

Ketika itu lelaki berkenaan dan rakan-rakannya mencari tempat yang tidak ramai orang untuk menikmati makan malam. Menurutnya, tak ramai pelancong ketika itu di lapangan terbang.

 

Sambil menikmati makan malam, mereka didatangi seorang wanita dan duduk di kerusi bersebelahan lelaki itu. Sedangkan banyak lagi kerusi kosong yang lain.

 

Pada masa itu, dia memberitahu rakan-rakan,

 

“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something,” ujarnya.

 

Dan tepat seperti jangkaannya, wanita itu memulakan perbualan dengan bertanya beberapa soalan sebelum pada akhirnya meminta pertolongan daripadanya.

 

“Saya dan agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau. Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali dan terlalu baik dengan kita. Mesti ada udang di sebalik mi,” ceritanya lagi.

 

Wanita tersebut tidak meminta untuk meminjam wang tetapi dia meminta untuk bawakan barangannya melepasi security checkpoint. 

 

“Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule,” sambil dia membebel kepada wanita itu tentang betapa bahayanya memegang barangan orang lain di lapangan terbang.

 

Tambah lelaki itu lagi, ‘dosa’ paling besar di lapangan terbang adalah membawa baggage orang lain tanpa mengetahui apa isi di dalamnya. Lebih-lebih lagi permintaan itu daripada orang yang tidak dikenali.

luggage

Menurutnya lagi, sudah ramai yang terkena dan terpaksa merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule.

 

“Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya.

 

Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollar melebihi dari had yang dibenarkan,” tambahnya lagi.

 

Anis teringat ada satu ketika dulu banyak berlaku kes keldai dadah ini. Ramai juga mangsa dalam kalangan wanita warga Malaysia. Jadinya, korang kena berhati-hati kalau ada yang minta tolong di airport. Kalau tak kena tak apa, tapi kalau tak bernasib baik…naya Pak Karim!

Post a Comment