“Bawel, Tenkeri, Tongkol” Comel Label Bahan Basah Ibu Dia! – Manis Madu
“Bawel, Tenkeri, Tongkol” Comel Label Bahan Basah Ibu Dia!

“Bawel, Tenkeri, Tongkol” Comel Label Bahan Basah Ibu Dia!

Dah biasa kita dengar, peti sejuk mak-mak di rumah mesti penuh dengan ‘khazanah’ yang di simpan. Namun, tak semua ‘khazanah’ itu tak berguna atau simpan hanya sebab sayang.

 

Melalui laman TikTok menerusi akaun @moneeeeeeee5, gadis ini berkongsi bekas-bekas makanan yang disimpan ibunya di dalam peti sejuk.

Terdapat banyak bekas plastik yang berisi bahan basah seperti ikan, isi ayam dan lain-lain.

 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah bagaiamana ibunya melabelkan setiap bekas berisi bahan basah tersebut.

 

Perkataan seperti ‘bawel’, ‘tenkeri’ dan ‘tonkol’ tertulis di bahagian luar bekas makanan tersebut membuatkan gadis itu ketawa bersama-sama ibunya.

 

Video tersebut mendapat 186.6 ribu tontonan dan 9880 tanda suka di laman TikTok.

Post a Comment