Bayar Mahal Tapi Tak Berbaloi! Buffet Ramadan Hotel Mewah Hanya Indah Khabar Dari Rupa? – Manis Madu
Buffet Ramadan Hotel Mewah Hanya Indah Khabar Dari Rupa

Bayar Mahal Tapi Tak Berbaloi! Buffet Ramadan Hotel Mewah Hanya Indah Khabar Dari Rupa?

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok apabila seorang individu mendakwa bahawa buffet Ramadan yang diadakan sebuah hotel mewah di Putrajaya hanyalah ‘indah khabar dari rupa’.

@shitashaiful Bayar harga kayangan tapi dapat Buffet Iftar mcm ni.. jaga laluan org naik turun lif.. crowded n kompom SOP kelaut dalam😤#masukberanda #foryoupage ♬ original sound – Shita Shaiful

Kata individu itu, pihak hotel telah melakukan kerja sambil lewa kerana susun atur meja makanan yang berselerak sehingga menganggu orang ramai.

 

Selain itu, ramai pelanggan dilihat masih menunggu untuk mendapatkan meja meskipun sudah masuk waktu berbuka.

ramai pelanggan dilihat masih menunggu untuk mendapatkan meja

Individu itu juga merasakan bahawa pihak hotel hanya ingin mengaut untung dan tidak mempedulikan SOP dan keselesaan pengunjung.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama dan kebanyakan berpendapat bahawa pihak hotel haruslah mengehadkan pengunjung bagi satu hari.

 

“Patut buat booking table dan limitkan per day. Hotel ni pun…” komen seorang netizen.

 

Difahamkan, buffet Ramadan yang ditawarkan hotel berkenaan juga agak mahal iaitu sekitar RM188.

Post a Comment