Bayi 38 Minggu Meninggal Akibat Covid-19, Ibu Masih Di ICU – Manis Madu
Bayi 38 Minggu Meninggal Akibat Covid-19, Ibu Masih Di ICU

Bayi 38 Minggu Meninggal Akibat Covid-19, Ibu Masih Di ICU

Angka kematian dan kes positif akibat Covid-19 semakin hari semakin membimbangkan. 

 

Apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila mendengar khabar berita mengenai bayi yang baru sahaja berusia 38 minggu antara salah seorang korban Covid-19 termuda di Malaysia.

 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di laman facebook menceritakan detik sayu yang mereka alami ketika bayi tersebut dikebumikan, semalam.

“Ya Allah sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah Covid-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu” – JAWI

 

Ibu kepada bayi berkenaan juga difahamkan positif Covid-19 dan sedang bertarung nyawa di ICU manakala bapa dan 8 orang lagi anaknya sedang menjalani kuarantin di rumah.

 

Bayi tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh.

 

“insyaAllah anak kecil ini meanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak” –JAWI

 

Semoga seluruh keluarga bayi tersebut dikurniakan ketabahan atas kehilangan Putra tercinta.

Post a Comment