Bayi Meragam & Susah Tidur? Cuba Teknik ‘Sleep Training Baby’ Ini! – Manis Madu
Bayi Meragam Dan Susah Tidur_ Cuba Teknik ‘Sleep Training Baby’ Ini!

Bayi Meragam & Susah Tidur? Cuba Teknik ‘Sleep Training Baby’ Ini!

Bayi yang meragam pasti ada beberapa ‘bahagian’ dia yang belum selesai. Mungkin lapar, mengantuk atau ada sesuatu yang membuatkan dia tidak selesa.

 

Ada juga bayi yang kadang-kadang dah mengantuk sangat tapi mengalami kesukaran untuk tidur kemudian boleh jadi meragam!

 

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang wanita ada membuat perkongsian mengenai cara yang dilakukan untuk melatih bayinya yang susah tidur.

@memoyumii Ibu less stress bila anak pandai tidur sendiri tau. #sleeptrainingbaby #babylanguage ♬ original sound – TwinsHaidar

Menurut ibu tersebut, jika bayi menangis kerana meragam seperti yang ditunjukkan di awal video, apa yang perlu dilakukan adalah:

 

  1. Jangan biarkan (lagi teruk kalau bayi mengamuk, makin stres ibu-ibu).
  2. Tak perlu usaha tepuk dah kalau dia tengah layan nangis.
  3. Angkat bayi secara upright, tepuk, sushing sampai dia reda menangis.
  4. Baringkan semula bayi di posisi tadi.

 

Tambahnya, ketika itu elakkan ‘eye contact’ dengan anak dan jangan ganggu dia.

 

“Kita jangan kacau dia. Jangan main cak cak pulak. Kalau boleh elakkan gangguan bising. Tengok je dia buat apa asalkan tak nangis dah.

 

“Ketika ini kalau ibu nak tinggal pergi sambung kerja pun okay dah. As long dia tak nangis. Kalau nangis? Ulang balik step tadi,” kongsi wanita itu.

 

Wanita itu juga berkata, ‘sleep training’ perlu bermula dari umur 4 tahun dan masalah ‘mengempeng’ pun boleh selesai dengan kaedah ini.

 

“Bila kita biasakan dia tidur sendiri tanpa dodoi, bila dia terjaga tiba-tiba, mudah untuk tidur balik sebab dia tahu boleh je tidur sendiri tanpa ibu. Cuma kadang-kadang saja nak manja,” tambahnya lagi.

 

Ibu muda ini juga turut menegaskan bahawa cara yang digunakannya bukan direka-reka sendiri sebaliknya dia mempelajari teknik itu dari Puan Uswatun dari Baby Language Malaysia.

 

Lepas ini mommies boleh ikut step untuk ‘sleep training’ bayi. Mungkin pada awalnya akan mengalami sedikit kesukaran, tapi nanti lama-lama mesti akan mudah macam yang ditunjukkan dalam video ibu ini. Good luck mommies!

Post a Comment