Comel! Fesyen Pelik Rambut Singa Undang Tanda Tanya, Penjaga Zoo Nafi Sengaja Potong Macam Itu! – Manis Madu
Comel! Fesyen Pelik Rambut Singa Undang Tanda Tanya, Penjaga Zoo Nafi Sengaja Potong Macam Itu!

Comel! Fesyen Pelik Rambut Singa Undang Tanda Tanya, Penjaga Zoo Nafi Sengaja Potong Macam Itu!

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila gaya rambut seekor singa jantan di Zoo Guangzhou, China menarik perhatian warganet kerana disamakan dengan fesyen bintang realiti televisyen, Tiger King.

 

Menurut laporan portal berita Mothership, foto tersebu tular apabila dimuat naik oleh seorang pengunjung menerusi laman sosial Little Red Book.

2022-05-30-10.48.01 (1)

Rambut singa yang lazimnya berbentuk bulat dilihat bertukar menjadi segi empat dengan rambut di bahagian depan dipotong pendek.

 

Gaya rambut yang dikatakan aneh itu ternyata mengundang kritikan ramai orang yang rata-rata menganggap perkara itu ‘mengacau’ aura dan personaliti asal Raja Rimba itu.

 

Menurut seorang pengguna laman sosial tempatan yang berkunjung ke zoo tersebut tidak sampai seminggu lalu memaklumkan bahawa rambut dan bulu singa itu tidak seperti yang dipaparkan dalam gambar.

 

Pengguna yang menyiarkan gambar itu membuat spekulasi bahawa penjaga zoo adalah orang yang memberi haiwan itu gaya rambut pelik.

2022-05-30-10.48.01 (1)

Menjawab kepada spekulasi berkenaan oleh saluran media, seorang pekerja zoo akhirnya tampil menjelaskan bahawa tidak akan ada penjaga zoo yang akan berani memotong rambut singa itu.

 

Tambahnya, gaya rambut seperti itu terjadi disebabkan oleh suhu lembab di Guangzhou.

 

Singa kebiasaannya membersihkan diri sendiri seperti kucing iaitu dengan menjilat dan mengais bulunya, ujar kakitangan itu lagi.

Post a Comment