Bekas Kekasih Suami Muncul Di Majlis Perkahwinan, Reaksi Wajah Pengantin Perempuan Jadi Tumpuan!
Mungkin sudah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini ketika mengadakan majlis perkahwinan, bekas kekasih turut dijemput. Barangkali bagi memeriahkan suasana!
Begitu juga yang berlaku terhadap satu pasangan di Indonesia yang melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.
Melalui hantaran satu video yang dimuat naik akaun @fuad_fahrozi di laman TikTok, menunjukkan suasana ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.
@fuad_fahrozi sabar banget yaa 🥲🥲🥺#CariTerusRasamu #viral #fyp #foryourpage #fypã‚· #fyplah #beranda #berandatiktok #hometiktok #pengantinmadura #xyzbca ♬ original sound – Afnan Ali
Pasangan pengantin kedua-duanya cantik dan segak berdiri di atas pelamin menyantuni para tetamu.
Namun kehadiran seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih pengantin lelaki naik ke pelamin untuk berjumpa mereka sedikit sebanyak mengubah suasana ketika itu.
Wanita dengan busana hitam serta tudung dengan rona warna sama itu naik ke pelamin lalu bersalaman dengan pengantin lelaki kemudian memeluknya!
Setelah itu, barulah dia bersalaman dengan pengantin perempuan di sebelahnya.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan tanpa rasa bersalah berdiri di tengah-tengah antara kedua mempelai sambil memaut lengan pengantin lelaki untuk bergambar.
Meskipun tidak berlaku kekecohan kerana sikap wanita berkenaan tetapi reaksi wajah pengantin perempuan jelas kelihatan tidak selesa dengan kehadiran bekas kekasih suaminya.
Video berkenaan telah mendapat sebanyak 2.7 juta tontonan disertai 338.7k tanda suka serta 4,543 komen.