Belanja Anak Saudara Mainan Kegemaran, Sekali Disuruh Jadi Posmen – Manis Madu
Belanja Anak Saudara Mainan Kegemaran, Sekali Disuruh Jadi Posmen

Belanja Anak Saudara Mainan Kegemaran, Sekali Disuruh Jadi Posmen

Telatah kanak-kanak yang polos dan naif tidak dapat dinafikan boleh membuatkan kita terhibur ketika melayani mereka.

 

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @NaufalAntezem membuat naik beberapa tangkap layar perbualan antara dia dan anak saudaranya.

Pada mulanya dia menawarkan kepada anak saudaranya untuk membelikan mainan kegemaran mereka sebelum dijawab kanak-kanak itu secara terperinci apa yang dimahukan.

 

Setelah membeli mainan yang diinginkan anak saudaranya, lelaki itu menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar barang tersebut kepada mereka.

 

Selang beberapa minit, anak saudaranya mula bertanya keberadaan barangnya yang kononnya tidak sampai-sampai. Alahai, comel betul!

 

“Kata semalam (nak hantar) esok, hari ni dah esok,”

 

Perbualan mereka berlanjutan sehingga pada akhirnya anak saudaranya meminta dia sendiri untuk menghantar barang mereka dengan menaiki van kurier.

 

“Ucu lah hantar, bawak van tu tekan loceng rumah,”

 

Tidak terhenti di situ, kanak-kanak itu menambah dengan meminta bapa saudaranya menjadi posmen supaya barangnya lebih cepat sampai.

 

“Ucu jadi lah posmen,” tambah kanak-kanak itu lagi.

 

Rata-rata warganet terhibur membaca perbualan lelaki itu dan kebanyakannya turut sama berkongsi cerita ‘polos’ anak-anak mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat sebanyak 5846 ulang ciap serta 11.2k tanda suka.

Post a Comment