Beli Sayur Pun Boleh Salah Sampai Kena Marah? Ini Antara Sayuran Yang Orang Selalu Keliru! – Manis Madu
Beli Sayur Pun Boleh Salah Sampai Kena Marah_ Ini Antara Sayuran Yang Orang Selalu Keliru!

Beli Sayur Pun Boleh Salah Sampai Kena Marah? Ini Antara Sayuran Yang Orang Selalu Keliru!

Pernah tak Maduners kena marah dengan mak sebab tersalah beli sayur? Di suruh belinya sayur lain yang dibawa balik sayur lain. Ermm rasa macam dah betul tapi kenapa boleh salah lagi ya?

 

So, hari ini Madu nak kongsi dan ajar Maduners semua macam mana nak tahu apakah jenis sayur yang korang beli dan cara nak bezakan dia.

#Daun Sup vs Daun Ketumbar

tomasz-olszewski-9rt6gV_IjhA-unsplash (1)

Ini antara salah satu jenis sayuran yang orang selalu tersalah beli. Memang tak dapat dinafikan bentuk dan warnanya memang seakan sama.

 

Bukan setakat lelaki sahaja yang ada masalah untuk bezakan dua sayuran ini, wanita dan orang yang selalu ke dapur pun ada kalanya keliru.

sayur (1)

Benda paling simple korang nak bezakan daun ketumbar atau daun sup adalah tengok sahaja pada labelnya. Tapi kalau tak ada label cara untuk korang bezakan adalah pada akarnya.

 

Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan sedikit berserabut, manakala daun ketumbar pula akarnya bersaiz besar dan berakar tunjang.

 

Kalau masih tak dapat bezakan juga, tip akhir yang korang boleh buat adalah dengan meramas sedikit di bahagian daun untuk memeriksa bau daunya. Bau daun ketumbar lebih tajam dan kuat berbanding daun sup yang agak grassy.

#Halia vs Lengkuas

lawrence-aritao-lrlZBwOBxR4-unsplash (1)

Bagi yang biasa memasak mungkin tidak terlalu memberi masalah kepada dorang untuk bezakan halia dengan lengkuas. Tapi yang baru belajar masak atau bujang mungkin was-was dengan dua ini.

 

Kedua-keduanya adalah bahan tumisan untuk memberi aroma dan menyedapkan makanan. Walaupun hampir sama tapi kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza tau. Cara korang nak beza adalah warna dan tekstur kulit.

conscious-design-iSGbjKZ9erg-unsplash (1)

Untuk halia, warnanya adalah kuning atau seakan coklat lembut. Tetapi untuk lengkuas pula ia memiliki warna coklat yang lebih gelap dan mempunyai rerambut pada ruas lengkuas. 

 

Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia dan tekstur kulitnya lebih kasar, licin dan berkilat berbanding halia.

#Sawi Hijau vs Pakchoy

sayurr (1)

Memikirkan jenis sayur sahaja sudah memeningkan kepala. Kebanyakan bentuk dan warnanya memang seakan serupa termasuk lah sayur sawi dan pakchoy ini.

 

Kedua-dua sayuran ini digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti mee goreng, kuey teow sup dan banyak lagi.

sayurrrr

Untuk membezakan antara sawi dan pakchoy, sawi lebih kepada struktur halus serta tidak berbulu, manakala pakchoy pula mempunyai bentuk daun dan batang yang gemuk dan berbentuk bulat. 

 

Kalau Maduners perasan panjang kedua sayuran ini juga berbeza. Korang kena perhati betul-betul terlebih dahulu sebelum membelinya.

#Petola vs Peria

peto (1)

Dua sayuran yang sama tetapi rasa dan cara memotongnya jauh berbeza. Sayur petola rasanya manis dan peria pula rasanya agak pahit. Ramai yang tidak suka makan petola terutamanya kanak-kanak. 

 

Walaupun pahit tetapi banyak khasiat yang korang boleh dapat kalau makan peria.

sayurw (1)

Cara nak bezakan antara petola dengan peria sangat mudah. Tengok sahaja pada struktur dan tekstur kulit dia sahaja korang dah dapat bezakan. 

 

Untuk petola lekuk pada bahagian kulitnya adalah selari manakala untuk peria lekuk pada kulitnya agak bercabang dan menggerutu. 

 

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis sayuran  yang mengelirukan dan korang perlu ambil tahu. Nanti senanglah kalau siapa-siapa suruh belikan sayur. Semoga perkongsian dan tips ini dapat membantu Maduners semua. 

Post a Comment