Rahsia Untuk Dapatkan OOTD Yang Perfect – Manis Madu
Rahsia Untuk Dapatkan OOTD Yang Perfect

Rahsia Untuk Dapatkan OOTD Yang Perfect

Salah satu kegunaan media sosial pada masa kini adalah sebagai tempat dimana Maduners menampilkan pelbagai gaya dan fesyen yang menarik di laman Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya.  

 

Mesti korang pernah dengar perkataan OOTD (Outfit Of The Day).

 

Kalau korang perasan ada sesetengah gambar OOTD itu dapat banyak sangat like dekat media sosial dorang. 

 

Hanya denga posing sahaja dah dapat banyak like. Dengar macam mudah tetapi bila dah ambil berkali pun belum tentu korang berpuas hati.

 

So, Hari ini Madu akan kongsikan dengan Maduners tip atau cara untuk korang dapatkan gambar yang lawa dan perfect untuk media sosial korang.

#Outfit [Pakaian]

laura-chouette-C7ZZlsoN61Y-unsplash (1)

Perkara paling penting yang korang perlu tahu untuk meraih like yang banyak atau menjadi kesukaan khalayak ialah pakaian yang korang kenakan semasa bergambar.

 

Bukanlah nak kata kena pakai yang mahal-mahal sahaja. Pakaian yang murah pun boleh jer nampak menarik kalau korang pandai gayakan.

 

Korang kena rajin tengok pakaian apa yang trending ketika itu  sebab setiap tahun memang fesyen pakaian ini akan berubah-ubah, jadi ikut sahaja .

#Background [Latar Belakang]

joshua-rondeau-1mMtcTb2WEo-unsplash (1)

Selain pakaian, tips untuk mendapatkan gambar yang sempurna ialah latar belakang  atau background yang Maduners gunakan untuk bergambar.

 

Korang boleh gunakan latar belakang yang plain atau bercorak dan yang penting biar lah kemas. Jangan pula tengah OOTD tiba-tiba ada tong sampah di belakang tak pasal-pasal rosak gambar korang nanti. 

 

Sebab itu kalau instafamous atau selebriti bergambar mesti dorang akan cari background, art atau building yang lawa-lawa dan nampak fancy. Baru lah menjadi OOTD nya.

#Sudut/ Angle

apostolos-vamvouras-gqlVdNQx2M4-unsplash (1)

Ada orang yang rasa dia lebih selesa dengan sudut sebelah kiri dan ada yang selesa dengan sudut sebelah kanan dia. Semua itu bergantung kepada diri masing-masing.

 

Kalau korang pandai memilih angle mana yang korang rasa terbaik sudah pasti ia dapat menghasilkan gambar OOTD yang menarik.

#Jurugambar

benjamin-combs-hiAdjnXZxl8-unsplash (1)

Jurugambar di sini bukan bermaksud Maduners perlu mengupah jurugambar yang professional pun. Tapi sekurang-kurangnya orang yang tolong ambilkan gambar itu tahu nak cari angle yang elok dan tahu untuk gunakan kamera.

 

Memang tidak dapat dinafikan ada kalanya bila kita ambil gambar orang lain memang nampak elok, tapi bila time gambar kita kelaut jadinya. Jadi, kalau boleh carilah kawan atau orang yang pandai mengambil gambar ya!

#Posing

laura-chouette-3fW1x6b7MYI-unsplash (1)

Jika Maduners mempunyai bentuk wajah dan ciri-ciri seakan model itu adalah satu kelebihan buat Maduners. Tetapi jangan risau, korang tetap boleh memiliki gambar OOTD yang menarik dengan posing yang pelbagai.

 

Tip paling mudah! Korang boleh tiru gaya dan posing dari model-model majalah, selebriti atau instafamous.

Post a Comment