Belum Pulih Sepenuhnya, Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 791 Orang – Manis Madu
Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 791 Orang

Belum Pulih Sepenuhnya, Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 791 Orang

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia masih belum pulih sepenuhnya.

Terkini, mangsa banjir di lapan daerah di Sabah meningkat kepada 791 orang setakat pagi tadi.

 

Menurut jurucakap Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat ini melibatkan daerah terjejas.

Antara daerah terbabit ialah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

 

“Daerah Kota Belud mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini seramai 239 orang diikuti Beaufort (217) dan Tuaran (119).

 

“Sebanyak 13 PPS juga masih dibuka setakat ini melibatkan lapan daerah tersebut,” katanya.

 

Setakat ini, sebanyak tujuh kes melibatkan insiden tanah runtuh direkodkan di sana.

 

Semoga segalanya dipermudahkan buat warga Sabah dan keadaan kembali terkawal.

Sumber: Astro Awani

Post a Comment