Berbeza Warna, Berbeza Maksud? Tak Sangka Setiap Warna Bunga Mawar Ada Maksud Tersirat Yang Berlainan
Bunga merupakan salah satu elemen yang sangat disukai wanita. Kalau tengah merajuk, sakit hati, pujuklah dengan bunga-bungaan. Confirm cair, cancel merajuk. Betul tak?
Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu bunga mawar atau lebih dikenali sebagai bunga rose ada maksudnya yang sendiri mengikut warna! Maduners kena tahu kalau kita bagi bunga mawar pada seseorang, warna bunga mawar yang diberi memberi maksud yang berlainan.
#1 Mawar Merah
Mawar merah bererti kecantikan, berani dan romantik. Warna klasik yang simple ini juga membawa erti cara yang romantik untuk menyatakan “I Love You”.
Ia juga merupakan lambang cinta sejati, jadi bunga ros merah ini bagi dekat isteri jerr kalau boleh, jangan terbagi dekat rakan kerja pula! Takut ada salah faham dibuatnya.
#2 Mawar Putih
Mawar putih membawa erti kemurnian, kelembutan dan rendah diri. Ros putih ini juga sering digunakan ketika majlis perkahwinan untuk melambangkan permulaan baru.
Maduners perasan tak kebanyakan majlis perkahwinan menggunakan ros putih sebagai hiasan? Ia juga memberi makna kesucian dan peringatan kepada yang tersayang. Sangat mendalam maknanya!
#3 Mawar Merah Jambu
Warna merah jambu melambangkan kebahagiaan, kekaguman dan keanggunan. Ia juga digunakan sebagai ungkapan simpati, sesuai untuk diberikan kepada rakan-rakan yang mungkin baru saja kehilangan seseorang atau sesuatu yang istimewa dalam hidup mereka.
#4 Mawar Kuning
Haa! Warna bunga untuk sesuai jika Maduners nak beri kepada best friend Maduners sebab mawar kuning maksudnya adalah sahabat sejati!
Kalau Maduners ada perasaan dekat seseorang tapi dia bagi Maduners mawar kuning ini, Madu nak pesan lupakan saja perasaan tersebut sebab pemberian hadiah mawar kuning kemungkinan besar dia menganggap Maduners tidak lebih dari seorang sahabat baik sahaja.
#5 Mawar Biru
Mawar biru tidak boleh diperoleh secara semula jadi, maka dia membawa maksud sesuatu yang tidak dapat dicapai atau misteri. Contohnya, “Saya tidak dapat memilikimu, tetapi saya tak boleh melupakanmu.”
#6 Mawar Hitam
Mawar hitam memberi tanda perasaan yang telah mati atau perpisahan. Memberi ros hitam kepada seseorang melambangkan pengakhiran sesebuah hubungan. Ia juga membawa erti kematian. Macam seram pulak ros warna hitam, walaupun nampak cantik dari segi aesthetic!
Jadi Madu harap lepas ini Maduners dah tahu maksud bunga mawar dah pilih yang sesuai ikut keadaan!
~Stay Safe Maduners~