Beremosi Kalah Main Game, Skrin Televisyen Pecah Jadi Mangsa ‘Lepas Geram’ – Manis Madu
Beremosi Kalah Main Game, Skrin Televisyen Pecah Jadi Mangsa ‘Lepas Geram’

Beremosi Kalah Main Game, Skrin Televisyen Pecah Jadi Mangsa ‘Lepas Geram’

Gara-gara terlalu beremosi ketika bermain permainan video bola sepak FIFA, sebuah televisyen menjadi mangsa ‘lepas geram’ seorang lelaki.

 

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki dilihat bermain permainan video di ruang tamu rumah sebelum mencampakkan konsol peranti ke atas karpet apabila kalah dalam permainan itu.

Namun tanpa diduga, konsol permainan video tersebut kemudian melantun secara tiba-tiba melantun ke arah skrin TV sehingga mengakibatkan kerosakan sebelum terpadam.

 

Memuat naik perkara itu di laman Twitter, wanita dikenali sebagai Dr Alia Zaferi mendapat respon kurang baik daripada netizen yang rata-rata menyifatkan suaminya panas baran dan bertindak ganas.

 

Dalam ciapan yang sama, wanita berkenaan menepis tohmahan netizen mengenai tindakan suaminya.

 

“Ala korang ni jangan la terus assume dia lelaki ganas. I share just for laughs je. Sebab I tengok benda ni 100 kali pun I still tergelak. 

 

Dia bukan lelaki ganas/suka campak barang/pukul perempuan or apa-apa la yang ganas. Tak relax la korang ni. Rileks la gais,” tulisnya.

 

Alia juga menjelaskan suaminya sudah membeli televisyen baru sebagai ganti peranti yang sudah dirosakkan terbabit.

Post a Comment