Perkahwinan Anak David & Victoria Beckham Didakwa Paling Membazir, Tidak Sensitif! – Manis Madu
Perkahwinan Anak David & Victoria Beckham Didakwa Paling Membazir, Tidak Sensitif!

Perkahwinan Anak David & Victoria Beckham Didakwa Paling Membazir, Tidak Sensitif!

Perkahwinan anak sulung pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, Brooklyn dengan pelakon Nicola Peltz mengundang kecaman ramai selepas keluarga pengantin sanggup menghabiskan AS$3.5 juta (RM14.8 juta).Β Β 

 

Majlis perkahwinan pasangan mempelai Brooklyn, 23 dan Peltz, 27, berlangsung di rumah agam milik keluarga pengantin perempuan di Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Beckham (@davidbeckham)

Rumah agam itu bernilai AS$103 juta (RM435 juta) yang dimiliki jutawan Yahudi, Nelson Peltz yang merupakan bapa kepada pengantin perempuan.Β 

Majlis penuh romantik itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal termasuk Eva Longoria, Mel C serta bintang tenis dunia, Serena Williams.

 

Bagaimanapun, perkahwinan itu mengundang kecaman netizen kerana perbelanjaan terlampau mewah itu sepatutnya boleh disumbangkan kepada individu yang sangat memerlukan.Β 

 

Netizen mempersoalkan jumlah duit yang dibelanjakan sedangkan rakyat negara lain merana akibat peperangan.

 

β€œBayangkan majlis perkahwinan jutaan dolar diadakan ketika peperangan di Ukraine masih berlangsung.

 

β€œPerkahwinan ini adalah sampah kerana membelanjakan wang begitu banyak semasa orang lain kelaparan. Ini sangat memalukan dan menjijikkan,” katanya.Β 

 

Seorang pengguna media sosial turut mempersoalkan majlis perkahwinan penuh gilang-gemilang ketika Brooklyn tidak mempunyai pekerjaan.Β 

 

Brooklyn dilaporkan mula bercinta dengan Peltz pada Oktober 2019 sebelum mengumumkan secara rasmi hubungan mereka pada Januari 2020.

 

Pasangan itu mengikat tali pertunangan kurang setahun selepas menjalin percintaan.

 

Sebelum ini, Brooklyn dan Peltz, dilaporkan menandatangani perjanjian pra perkahwinan bernilai tiga juta pound (RM16 juta) menjelang majlis perkahwinan mereka.

 

Perjanjian itu dibuat untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).

Post a Comment