Bergaya Bersama Manis Madu untuk Tahun Baru Cina
Betul tekaan anda, lihat saja daripada tajuk di atas, anda semua sudah tahu tidak lama lagi kita akan menyambut Tahun Baru Cina yang mana kemeriahan Tahun Tikus kali ini, sudah pasti akan disambut dengan pelbagai gaya dan rupa buat individu-individu yang meraikannya.
Namun disebalik kemeriahan ini, masih ramai lagi yang tidak dapat membuat pilihan tentang pakaian, solekan serta gaya rambut bagi menyambut Tahun Baru Cina.
Maka, kami di Manis Madu telah menyediakan tips dan info untuk memudahkan anda berhias bagi menyambut perayaan istimewa ini dengan cantik bergaya.
Pakaian
Warna merah merupakan warna yang berkait rapat dengan Tahun Baru Cina yang mana warna tersebut dikatakan membawah tuah dan kemakmuran tetapi boleh menjadi bosan kerana warna tersebut sering kali berulang setiap tahun. Namun, terdapat beberapa cara untuk menjadikan pakaian anda lebih menarik dan mengikut trend 2020.
1. Gaya pakaian yang lebih moden.
Gaya moden dipadankan dengan pakaian tradisional iaitu Cheong Sam atau Qipao akan memberikan penggayaan yang lebih futuristik kepada si pemakai.
View this post on Instagram
2. Penggunaan variasi warna
Sumber Gambar: Joli.Pretty
Penggunaan warna berbeza daripada warna kebiasaan iaitu warna merah akan menjadikan anda lebih menonjol berbanding orang lain yang memakai warna merah.
Menggunakan warna lain tidak semestinya mengurangkan ‘tuah’ anda pada perayaan Tahun Baru Cina kerana anda boleh menyesuaikan Cheong Sam atau Qipao dengan aksesori berwarna merah supaya masih mempunyai elemen tradisional pada gaya anda.
3. Pakaian pada waktu petang.
Selepas selesai meraikan perayaan Tahun Baru Cina pada waktu pagi, anda mungkin ingin bertukar kepada pakaian yang lebih selesa dan berswafoto untuk dimuat naik ke laman media sosial anda.
Manis Madu telah membahagikan kepada dua jenis pakaian pada waktu petang yang mana pertama adalah lebih kepada pemakaian Cheong Sam atau Qipao yang moden dan selesa manakala yang kedua adalah street wear bagi memberikan variasi pilihan kepada anda.
Pemakaian Cheong Sam atau Qipao moden yang mempunyai rekaan seperti seluar yang lebih selesa berbanding Cheong Sam tradisional.
View this post on Instagram
Tahun 2020 adalah tahun di mana ianya satu kewajipan bagi semua untuk mencuba gaya street wear. Gaya yang bebas mengikut kemahuan pemakai memberikan pelbagai pilihan kepada anda dalam menggayakan street wear pada Tahun Baru Cina.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Mekap
Bagi kaum wanita, solekan merupakan elemen yang penting dalam melengkapkan gaya bagi menyambut perayaan. Jadi, kami telah menyediakan dua contoh mekap atau solekan bagi menyempurnakan gaya anda pada perayaan Tahun Baru Cina.
1. Soft glam look
Gaya solekan ini mampu memberikan gaya penampilan yang sesuai untuk menyambut Tahun Baru Cina dari pagi sehingga waktu malam kerana solekan ini memberi gaya glam tetapi masih lembut dan tidak terlalu berat, sesuai bagi aktiviti pada waktu pagi sehingga waktu makan malam bersama keluarga.
View this post on Instagram
Bagi memudahkan anda untuk menggayakan solekan ini, kami telah sediakan pautan video tutorial gaya solekan ini. Klik pautan dibawah:
2020 Soft Glam Tutorial:
Bagi memudahkan anda untuk menggayakan solekan ini, kami telah sediakan pautan video tutorial gaya solekan ini. Klik pautan dibawah:
2. Natural make-up look
Gaya mekap yang menjadi pilihan wanita pada masa kini iaitu gaya semulajadi ini sesuai buat mereka yang inginkan gaya solekan yang lembut walaupun gaya ini agak sukar untuk dikecapi namun jika anda mengikuti pautan video tutorial yang telah kami sediakan, anda akan kelihatan cantik bergaya dengan solekan ini.
Sumber Gambar: saybyuk
Anda boleh berdandan mengikut gaya solekan diatas menerusi pautan video tutorial ini.
Get Ready With Me Happy Lunar New Year:
1. Sikatan Ramping Sebelah Bahu (Sleek Side Swept)
Walaupun gaya rambut ini kelihatan ringkas, namun gaya klasik ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menyerlahkan bentuk wajah anda dan sesuai digandingkan dengan pakaian dan solekan yang berat kerana gaya rambut ini adalah ringkas dan mudah untuk digayakan.
Sumber Gambar: Our Hairstyle
2. Sweet messy updo
Gaya ini sesuai dipadankan dengan Cheong Sam kerana rambut diikat ke atas yang mana membantu menyerlahkan ciri baju tradisional Cheong Sam di bahagian leher.
3. Gaya separuh naik separuh turun (Half up half down updo)
Gaya rambut yang digemari dan menjadi pilihan gadis muda ini memberikan imej moden dan penampilan gadis manis kepada mereka yang mendandan rambut seperti gambar dibawah.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Bagi memudahkan anda, kami telah sediakan pautan di bawah supaya anda boleh mengikut langkah demi langkah dalam mengayakan tiga gaya rambut di atas.
Easy Chinese New Year Hairstyles:
Setiap gaya mempunyai kelebihannya tersendiri di mana pakaian, solekan dan juga gaya rambut yang anda ingin gayakan haruslah seimbang di antara satu sama lain dan anda harus lihat kesesuaian setiap gaya yang anda ingin cuba bagi menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh bergaya.