Berita Baik Buat Pencinta Filem! TGV Cinemas Sediakan Dewan Pawagam Baru – Manis Madu
Berita Baik Buat Pencinta Filem! TGV Cinemas Sediakan Dewan Pawagam Baru

Berita Baik Buat Pencinta Filem! TGV Cinemas Sediakan Dewan Pawagam Baru

Penangguhan filem-filem blockbuster seperti Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore dan Sonic the Hedgehog setelah sekian lama akibat Covid-19, TGV Cinemas menambah satu lagi berita baik buat industri pawagam iaitu pembukaan semula pawagam gourmet TGV, INDULGE!

 

Dewan INDULGE menjanjikan pengalaman yang tak pernah didapati di tempat lain yang mana mereka menyediakan tempat duduk berbaring premium, comforter diikuti dengan perkhidmatan berkelas tinggi, ruang peribadi untuk berehat. Macam berada di dunia lain!

IMG_9284 (1)
IMG_8391 copy (1)

Tiket bagi pakej ini sudah termasuk TGV’s signature food, TGV- Golden Treasure, Gourmet Dimsum dan Vegetarian serta diiringi hidangan menyegarkan Classic Lime Mojito. Minuman alu-aluan juga disediakan berupa Indigo yang diperbuat daripada lemon segar dengan bunga telang (butterfly pea flower) untuk pengunjung.

IMG_1232 (1)

Semasa malam pembukaan semula INDULGE, tetamu dijamu dengan pengalaman penuh INDULGE disertakan dengan tayangan perdana filem blockbuster Sony Pictures yang sangat dinanti-nantikan – Morbius dibintangi pemenang Oscar, Jared Leto sebagai antihero yang dahagakan darah Michael Morbius.

 

TGV INDULGE terletak di TGV 1 Utama, TGV Sunway Velocity dan TGV Toppen JB. Untuk tempahan tiket dan dapatkan tempat duduk terbaik untuk pengalaman INDULGE, Maduners boleh lawati

https://www.tgv.com.my/experience/indulge

 

Untuk maklumat lanjut pula, Maduners boleh layari www.tgv.com.my

Post a Comment