Berjaya Sarung Semula Baju Kahwin 20 Tahun Lepas, Wanita Diet 7 Bulan Hilang 27Kg! – Manis Madu
Berjaya Sarung Semula Baju Kahwin 20 Tahun Lepas, Wanita Diet 7 Bulan Hilang 27kg

Berjaya Sarung Semula Baju Kahwin 20 Tahun Lepas, Wanita Diet 7 Bulan Hilang 27Kg!

Percaya atau tidak, sebenarnya ramai yang kurang peduli jika berat badan naik selepas berkahwin. Mungkin kerana merasakan tiada keperluan untuk menjaga atau mengawal berat badan memandangkan sudah selamat berkahwin

 

Segelintir individu juga mungkin sudah berusaha mengawal berat badan namun gagal dan akhirnya berputus asa.

 

Namun tidak bagi seorang wanita dikenali sebagai Yusni Ibrahim yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 27.5kg dalam masa 7 bulan!

Menurut wanita itu, dia sudah dua kali mencuba untuk menurunkan berat badan namun tidak berjaya.

 

Tetapi, tekad serta kesungguhan membuatkan dia kembali bersemangat dan akhirnya berjaya mendapat apa yang dihajati termasuk memakai kembali baju pengantin yang dipakainya 20 tahun lalu.

 

Dalam hantaran tersebut, Yusni juga berkongsi beberapa tips dan cara yang dia lakukan sehingga mencapai berat badan ideal antaranya mengamalkan diet ‘Suku Suku Separuh’ serta berada dalam kelompok yang mempunyai matlamat yang sama.

 

Wanita itu juga turut memuat naik beberapa gambar lamanya ketika majlis perkahwinan berserta gambar pada tahun ini dengan memakai baju kahwin yang sama. Makin cantik dan anggun!

gambar lama Yusni Ibrahim ketika majlis perkahwinan 2001 berserta gambar pada tahun 2021 dengan memakai baju kahwin yang sama 01
gambar lama Yusni Ibrahim ketika majlis perkahwinan 2001 berserta gambar pada tahun 2021 dengan memakai baju kahwin yang sama 02

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet mengucapkan tahniah atas kejayaannya serta turut memuji perubahan yang berjaya dilakukan.

 

Maduners yang tengok transformasi ini rasa berkobar-kobar tak semangat untuk kurus? Tiada yang mustahil tau, yang penting konsisten dan bersungguh-sungguh!

Post a Comment