Hanya Suruh Tinggalkan Depan Pagar, Abang Rider Siap Serve Makanan Untuk Anjing! – Manis Madu
Hanya Suruh Tinggalkan Depan Pagar, Abang Rider Siap Serve Makanan Untuk Anjing

Hanya Suruh Tinggalkan Depan Pagar, Abang Rider Siap Serve Makanan Untuk Anjing!

Situasi berbahaya dialami oleh individu yang bekerja sebagai penghantar makanan atau rider seperti dikejar anjing sudah cukup lali buat mereka. Bahkan terdapat rider yang terpaksa bersiap sedia dengan kayu atau batu sebagai perlindungan terakhir jika keadaan sukar dikawal.

 

Perkara itu bukanlah maksudnya mereka benci atau sengaja untuk menyakiti haiwan tersebut tetapi terpaksa dibuat hanya sebagai langkah keselamatan diri.

 

Dalam masa sama, tidak dinafikan masih ramai rider yang berhati mulia dan memiliki sifat kasih kepada binatang. Begitulah seperti yang tular dalam video yang dimuat naik di TikTok @amypetstore baru-baru ini.

Berdasarkan video tersebut, difahamkan pemilik anjing tersebut terlupa untuk memberi makan kepada anjingnya. Maka, dia membuat pesanan makanan dan dihantar melalui khidmat penghantaran makanan.

 

Difahamkan, rider itu diminta untuk memberi makanan dan sekadar meletakkannya di depan pagar. Namun, ‘effort’ yang ditunjukkan olehnya berjaya menyentuh hati sesiapa sahaja yang menonton video berkenaan.

 

Rider berhati mulia itu tidak meninggalkan makanan tersebut begitu sahaja malah ‘menyiapkan’ dan melayani anjing itu dengan penuh prihatin.

abang-rider-teman-sampai-anjing-habis-makan

Berdasarkan pemerhatian Madu, makanan yang disajikan masih panas. Oleh kerana itu, rider berkenaan bertindak untuk ‘kipaskan’ dahulu supaya boleh dimakan dengan baik serta dia turut menuangkan air ke dalam bekas untuk anjing tersebut. Baiknya!

 

Video ini telah tular di media sosial dan ditonton lebih 282,700 kali serta memperoleh 38.7k tanda suka. Rata-rata warganet turut bersimpati dan tersentuh hati melihat keprihatinan serta sifat amanah rider tersebut.

Post a Comment