Berjodoh Dengan Bapa Saudara, Perkahwinan Wanita Dikecam Netizen!
Seorang wanita dari Sulawesi Selatan dikecam netizen gara-gara video pernikahannya bersama bapa saudaranya tular di aplikasi Tik Tok, lapor portal berita Wolipop semalam.
Video yang mendapat kecaman netizen itu dimuat naik di akaun bernama @indahnya_veri beserta keterangan yang menyatakan bahawa pengantin perempuan bertemu jodoh dengan bapa saudaranya.
@indahnya_veri tdk perlau jauh”mencari yg cocok,karna terkadang jodoh qt berada didepan mata🥰#fyp #bugis #tiktokbugis #tiktok #foryou #sidrap #tanrutedong @insomhere____ ♬ suara asli – bugis_tiktok
“Maafkan saya kerana ingin bertanya. Bolehkah berkahwin dengan bapa saudara?” kata seorang netizen.
“Mana boleh berkahwin dengan anak saudara sendiri,” komen seorang lagi.
Wolipop kemudiannya meminta penjelasan daripada individu asal yang memuat naik video tersebut.
Kata individu tersebut yang dikenali sebagai Haslinda, pengantin perempuan yang berkahwin dengan bapa saudaranya itu bernama Rindiani dan bapa saudaranya bernama Herman.
‘’Perkahwinan mereka telah diaturkan. Pengantin perempuan ialah anak saudara kepada pengantin lelaki, tetapi bukan anak saudara kandung. Pengantin lelaki merupakan sepupu kepada ibu pengantin perempuan. Jadi, istilahnya adalah bapa saudara sepupu,’’ kata Haslinda.
‘’Dalam salasilah, pengantin lelaki adalah generasi pertama, manakala pengantin perempuan adalah generasi kedua. Jadi, kebiasaannya kami panggil pak cik atau mak cik,’’ tambah Haslinda.
Ketika disahkan, Haslinda berkata, ramai netizen yang salah faham mengenai perkahwinan itu dan menyatakan bahawa ia tidak sepatutnya berlaku.