Berkawad Pakai Kasut Tumit Tinggi, Tentera Wanita Ukraine Disindir Orang Ramai – Manis Madu
Berkawad Pakai Kasut Tumit Tinggi, Tentera Wanita Ukraine Disindir Orang Ramai

Berkawad Pakai Kasut Tumit Tinggi, Tentera Wanita Ukraine Disindir Orang Ramai

Foto sekumpulan tentera wanita di Ukraine berlatih untuk perbarisan ketenteraan dengan memakai kasut tumit tinggi mencetuskan kemarahan ramai, lapor Metro UK.

 

Kementerian Pertahanan Ukraine dikritik selepas mengeluarkan gambar rasmi menunjukkan anggotanya memakai pakaian tentera kasut tumit tinggi hitam dan bukannya but tentera.

Kementerian Pertahanan Ukraine menunjukkan anggotanya memakai pakaian tentera kasut tumit tinggi hitam

Mereka didakwa membuat ‘sindiran’ terhadap wanita menerusi gambar-gambar itu, yang dilabelkan sebagai tidak wajar.

 

Gambar-gambar berkenaan yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu, menunjukkan sekumpulan pelajar kolej tentera wanita bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbarisan.

 

Latihan tersebut sempena memperingati 30 tahun kemerdekaan negara itu bulan Ogos, selepas pembubaran kesatuan Soviet.

 

Pada masa ini, seramai kira-kira 31, 000 wanita berkhidmat dalam pasukan tentera Ukraine.

Sumber Gambar: Metro UK

Post a Comment