Berkelakuan Tidak Senonoh, Lelaki Warga Emas Ditahan Polis – Manis Madu
Berkelakuan Tidak Senonoh, Lelaki Warga Emas Ditahan Polis

Berkelakuan Tidak Senonoh, Lelaki Warga Emas Ditahan Polis

Seorang lelaki warga emas ditahan selepas melakukan perbuatan tidak senonoh berhampiran sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, pada Isnin, lapor Astro Awani.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, pihaknya menerima laporan berkenaan seorang lelaki mencium pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan onani.

 

“Perbuatan suspek yang berusia 62 tahun itu telah dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian memberitahunya mengenai kejadian tersebut.

 

“Hasil risikan polis telah membawa penahanan suspek yang tinggal di Puchong, Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Mengulas lanjut, Amihizam berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta permohonan reman akan dibuat.

 

Video yang tular di laman Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata mengecam dan mengutuk perbuatan tidak senonoh warga emas terbabit.

Post a Comment