Berkesan Atau Bahaya? Wanita Cukur Bulu Kaki Guna Kertas Pasir – Manis Madu
Wanita Cukur Bulu Kaki Guna Kertas Pasir

Berkesan Atau Bahaya? Wanita Cukur Bulu Kaki Guna Kertas Pasir

Baru-baru ini tular satu video di laman TikTok berkenaan seorang wanita Britain yang mencukur bulu kakinya menggunakan kertas pasir sebagai pengganti kepada pencukur biasa.

 

Pengguna akaun TikTok @jules490 itu berkongsi video di laman TikToknya dengan menyatakan bahawa dia mendapat inspirasi untuk berbuat sedemikian dari beberapa wanita lain yang pernah membuat benda sama.

“Saya ada melihat video seorang wanita di TikTok menggunakan kertas pasir 600 grit untuk mencukur bulu kakinya”. -Jules

 

“Saya meniru perbuatannya dan ternyata kaki saya menjadi lebih licin. Ia sangat menakjubkan dan berhasil”. – Jules

 

Jules memberi tahu selama ini dia hanya menggunakan pencukur biasa untuk mencukur kakinya. Hasil yang diperoleh tidak lah begitu memuaskan jika dibanding menggunakan kertas pasir.

 

Berikutan video yang dikongsikan, seramai 200,000 orang menunjukkan tanda suka dan pelbagai jenis komen diterima dari netizen.

 

Bagaimanapun, salah seorang pengguna media sosial juga turut berkongsi bahawa dia pernah menggosok kakinya menggunakan kertas pasir pada tahun lepas dan mendapati kakinya terasa sakit.

 

Menurut Laporan Kosmo, kaedah mencukur dengan menggunakan kertas pasir ini telah mendapat banyak amaran kerana bimbang akan menimbulkan masalah kesihatan seperti jangkitan kuman dan luka pada kulit kaki yang digosok terlalu kuat.

Post a Comment