Isu Yang Tiada Berkesudahan, Gaza Dibedil Lagi! – Manis Madu
Gaza Dibedil

Isu Yang Tiada Berkesudahan, Gaza Dibedil Lagi!

Menurut Kosmo! tentera Israel berkata, pihaknya melancarkan serangan terhadap kumpulan bersenjata dan serangan roket di Gaza selepas militan melampaui batas dengan melepaskan tembakan ke atas Baitulmuqaddis buat pertama kali semenjak 2014.

 

Sumber Hamas memberitahu seorang komander, Mohammad Fayyad turut terbunuh dalam serangan itu.

 

Tentera Israel memaklumkan militan Palestin telah melancarkan 150 roket terhadap Israel sebelum tengah malam waktu tempatan di mana puluhan daripadanya dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu.

 

Pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa awal pagi semalam menyaksikan sekurang-kurangnya 700 penduduk Palestin cedera dan 500 yang tercedera dibawa ke hospital.

 

Sekurang-kurangnya 20 terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak akibat serangan udara Israel selepas Hamas melancarkan roket.

 

Ketegangan yang berlaku antara Israel dan Palestin mendorong kebimbangan berlakunya insiden lain di luar jangkaan.

 

Berdasarkan isu ini juga, terdapat banyak kongsian yang dilakukan oleh pelayar sosial media berkenaan isu ini. Semoga isu ini segera selesai dan pihak yang sewajarnya mendapat keadilan akan mendapatkan keadilan!

Sumber Gambar: Kosmo

Post a Comment