Berlagak Ala-ala Gordon Ramsay, Juri Masterchef Indonesia Dikecam Kerana Lempar Pinggan Makanan Peserta? – Manis Madu
Juri Masterchef Indonesia Dikecam Kerana Lempar Pinggan Makanan Peserta

Berlagak Ala-ala Gordon Ramsay, Juri Masterchef Indonesia Dikecam Kerana Lempar Pinggan Makanan Peserta?

Bagi sesiapa yang minat rancangan memasak, Masterchef merupakan salah satu pilihan rancangan menarik boleh ditonton.

 

Dalam episod Masterchef Indonesia baru-baru ini, kritikan salah seorang chef program berkenaan dikenali sebagai Chef Juna menjadi tular di serata media sosial, lapor Kisah Dunia.

 

Adegan tular dalam klip berkenaan melalui akaun TikTok @foodiezs2, menunjukkan seorang peserta lelaki bernama Seto dipanggil untuk mempersembahkan masakannya yang terletak dalam pinggan berwarna biru gelap.

Malangnya, cara plating yang menampakkan banyak ruangan kosong membuatkan mata para juri seakan kurang senang. Pada awalnya, dia juga terpinga-pinga apabila makanan berkenaan tiba-tiba dipindahkan oleh Chef Arnold.

 

Tidak lama selepas itu, Chef Juna datang dari belakang dan terus melempar pinggan biru itu sehingga pecah ke lantai. 

 

Ini membuatkan semua para peserta yang lain tergamam sebelum Seto meminta maaf atas kesalahannya yang tidak sempat mengelap kekotoran di pinggan. 

 

Alasan itu bagaimanapun disifatkan mengarut sekali gus dibandingkan dengan makanan di tepi jalan yang jauh lebih bersih.

 

Meskipun masakan Seto dikatakan sedap namun tindakannya menyajikan hidangan dalam pinggan yang ‘kotor’ dipenuhi cap jari terus mendapat teguran tegas daripada para juri.

 

Sebelum balik ke meja masakan, lelaki berkenaan sempat mengutip satu serpihan pinggan untuk disimpan sebagai peringatan.

Video yang dimuat naik di TikTok telah mendapat 17 juta tontonan!

Post a Comment