Seorang Terbunuh & Seorang Cedera Parah Dilanggar Trak Ketika Perarakan Di Washington – Manis Madu
Lelaki Gay Terbunuh Dilanggar Trak Ketika Perarakan Di Washington

Seorang Terbunuh & Seorang Cedera Parah Dilanggar Trak Ketika Perarakan Di Washington

Seorang lelaki telah terbunuh dan seorang lagi cedera parah dalam kejadian terbabit dan pihak berkuasa Amerika Syarikat menyifatkan kemalangan tersebut adalah kemalangan tragis yang sangat menyayat hati.

 

Menurut Kosmo, insiden berlaku ketika perarakan dan festival Wilton Manors Stonewall Pride Parade di sebuah bandar dekat Fort Lauderdale.

 

Namun, kemalangan yang berlaku tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ianya berlaku secara tidak sengaja atau disengajakan.

 

Polis Fort Lauderdale memberitahu pemandu trak berusia 77 tahun itu  merupakan antara salah seorang peserta perarakan tersebut.

 

Dia dipilih untuk menjadi pemandu trak kerana dia mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk berjalan semasa perarakan.

 

Trak itu pada mulanya bergerak perlahan namun tiba-tiba memecut laju dan melanggar dua orang pejalan kaki sebelum merempuh pagar di tempat kejadian.

 

Pemandu terbabit memberikan kerjasama yang amat baik kepada pihak polis dalam menyiasat punca kejadian.

 

Mereka yang dilanggar telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan manakala seorang dari mereka disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

 

“Kami tahu kemalangan pada Sabtu lepas adalah tragedi dan bukan perbuatan jenayah yang mensasarkan sesiapa sama ada kumpulan atau individu,” kata Jabatan Polis Wilton Manors dalam satu kenyataan berasingan.

 

Terdahulu, Datuk Bandar Fort Lauderdale memberitahu bahawa insiden tersebut adalah disengajakan.

 

Sumber Gambar : Local Memphis

Post a Comment