Bersalin Dalam Kereta Ketika Sekatan Jalan Raya, Dua Polis Wanita Jadi Hero – Manis Madu
Bersalin Dalam Kereta Ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Expressway Kuching-Samarahan, Dua Polis Wanita Jadi Hero

Bersalin Dalam Kereta Ketika Sekatan Jalan Raya, Dua Polis Wanita Jadi Hero

Menurut SarawakVoice, saat mendebarkan terbabit berlaku di  Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Expressway Kuching-Samarahan semalam.

 

Ketika kejadian, dua orang polis terbabit sedang bertugas dan didatangi oleh seorang lelaki yang memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelum meminta pertolongan dari petugas terbabit untuk membantu isterinya bersalin.

 

Lans Koperal Noor Fatihah mengulas, beliau ketika itu bersama rakan setugas telah membantu wanita terbabit.

 

Namun ketika sampai di tempat kejadian bayi telah pun selamat dilahirkan tapi masih berada diantara kaki ibunya.

 

Kejadian tersebut berlaku ketika pasangan terbabit dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak dari Semara Asajaya.

 

Walaupun tidak berpengalaman dalam mengendali situasi seumpama itu sebelum ini, beliau melakukan yang terbaik dengan mengangkat bayi tersebut dan membuka tali pusat yang terbelit sebelum membalut bayi tersebut dengan tuala kecil milik rakan setugasnya,

 

“Bayi menangis sejurus dikeluarkan dari kenderaan dan disahkan selamat.

 

“Sejurus kemudian ibu dan bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pasukan ambulans yang telah dihubungi oleh bilik gerakan,” ulasnya dengan lebih lanjut.

 

Sebagai rekod, Fatihah bersama rakan setugasnya iaitu Koperal Perakson Jennis merupakan petugas SJR wanita yang berada di lokasi kejadian.

 

Insiden terbabit disahkan oleh Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superitendan Sudriman Kram.

 

Sumber Gambar: SarawakVoice

Post a Comment