Penangan BTS Meal 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup – Manis Madu
Penangan BTS Meal 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup

Penangan BTS Meal 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup

Kehangatan menu BTS Meal yang sering menjadi bualan dan rebutan ramai orang sejak kebelakangan ini masih belum reda.   

 

Susulan itu, timbul satu lagi isu berkenaan BTS Meal apabila beberapa cawangan McDonald’s  di sekitar Jakarta, Indonesia terpaksa ditutup kerana difahamkan ramai yang menyerbu restoran makanan segera itu bagi mendapatkan promosi BTS Meal.

Kegilaan masyarakat terhadap kumpulan kpop terkenal Korea Selatan, BTS ini menjadikan ramai orang taksub untuk mendapatkannya.

 

Menerusi laporan Suara Wakil Gabenor Daerah Khas Ibu Negeri (DKI) Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, tindakan penutupan sementara ke atas 20 restoran Mcdonald’s di sekitar Jakarta terpaksa dibuat.

 

Ini kerana aktiviti berkumpul beramai-ramai adalah salah kerana melanggar peraturan kesihatan pencegahan penularan wabak Covid-19.

Ahmad Riza berkata, jika dibiarkan, perkara ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya penularan wabak Covid-19 atau munculnya kluster baharu.

 

20 cawangan ditutup manakala 34 cawangan yang lain dipantau oleh anggota keselamatan serta 12 lagi diberikan amaran bertulis. 

 

Bagi cawangan yang diberikan amaran masih boleh beroperasi dengan syarat tidak melanggar peraturan kesihatan dan diminta untuk menutup pesanan  secara atas talian serta menghentikan penjualan sementara menu promosi BTS Meal.  

 

Anggota keselamatan di Jakarta bagaimanapun sebelum ini pernah dikerah untuk meleraikan perhimpunan orang ramai termasuk pelanggan yang menyerbu untuk mendapatkan menu promosi BTS Meal. 

 

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia akan memanggil wakil syarikat pengendali McDonald’s Indonesia untuk memberi penjelasan berhubung insiden itu. 

 

Sumber Gambar: Suara

Post a Comment