Bersedia! Melancong Ke Pulau Langkawi Bermula 16 September Ini – Manis Madu
photosforyou-Pulau-Langkawi

Bersedia! Melancong Ke Pulau Langkawi Bermula 16 September Ini

Pelancong domestik yang memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) dari seluruh negara termasuk dari negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh mengunjungi Pulau Langkawi mulai 16 September ini.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengunjung perlu memohon kebenaran polis sebelum ke pulau berkenaan serta menunjukkan bukti dokumen seperti tiket penerbangan tiket feri atau resit hotel.

Beliau berkata, kebenaran tersebut tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan yang masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

Antara SOP ditetapkan untuk ke Langkawi adalah terhad kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

 

Tiada had umur ditetapkan selain perlindungan insuran dan saringan Covid-19 juga tidak diwajibkan. Bilangan penumpang dalam kenderaan pula tertakluk kepada kapasiti kenderaan.

 

Tambahnya lagi, jenis percutian dibenarkan ialah secara harian, bermalam percutian dengan tempahan dan percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan berlesen dan berdaftar dengan kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Nancy turut mengumumkan Malindo Air dan Firefly menawarkan potongan RM50 bagi harga tiket penerbangan di bawah program Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0.

 

“Malaysia Airlines dan Airasia pula masing-masing menawarkan harga promosi bermula RM89 dan RM59 sehala,” ujarnya.

 

Selain itu, pelancong boleh menikmati e-baucer bernilai RM50 dan RM100 bagi tempahan tiga hari dua malam di hotel yang mengambil bahagian, menerusi kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia Experience Malaysia Like Never Before.

 

Terdapat 10 pakej ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan dengan tawaran serendah RM202 bagi Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.

Post a Comment