Bertanggungjawab! Wanita Kongsi Senarai Tempat Dikunjungi Selepas Positif Covid-19 – Manis Madu
Bertanggungjawab! Wanita Kongsi Senarai Tempat Dikunjungi Selepas Positif Covid-19

Bertanggungjawab! Wanita Kongsi Senarai Tempat Dikunjungi Selepas Positif Covid-19

Meskipun jumlah kes positif harian sudah semakin menurun dan dalam keadaan terkawal, tetapi angka tersebut masih ada.Β 

 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @beomjunie membuat perkongsian bahawa dirinya sudah disahkan positif Covid-19. Dalam hantaran yang sama, wanita itu turut menyenaraikan tempat-tempat yang telah dikunjungi.

Antara tempat yang dikunjunginya adalah panggung wayang GSC Mid Valley, Mid Valley Carl’s Jr, Super Boring Club, Bukit Bintang dan beberapa tempat lain lagi.

covid 19 (1)

Wanita itu juga meminta maaf kerana telah membahayakan orang ramai serta memohon bantuan wargamaya untuk menyebarkan perkara tersebut untuk tujuan berjaga-jaga.

 

Dalam ciapan yang sama, wanita itu turut memaparkan tangkap layar sejarah check-in di tempat-tempat yang dikunjungi dia dan rakannya melalui aplikasi MySejahtera.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesembuhan wanita tersebut serta memuji tindakannya yang menghebahkan keberadaan dirinya supaya orang lain juga dapat mengambil langkah berjaga-jaga.

 

β€œTahniah kerana anda bertanggungjawab dan prihatin terhadap kesihatan orang lain. Good job girl,” tulis seorang netizen.

Post a Comment