Bertarung Nyawa Selama 5 Hari, Sandra Dianne Disahkan Telah Meninggal Dunia
Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne disahkan meninggal dunia setelah 5 hari bertarung nyawa di ICU.
View this post on Instagram
Setelah terlibat dalam kemalangan pada 7 September 2020 yang lepas, Allahyarham Sandra Dianne disahkan meninggal jam 1 pagi, 11 September 2020 di Hospital Putrajaya.
Menurut New Straits Times, arwah berhasrat untuk menghadiri raptai konsert penuh untuk episod terbaru Big Stage 2020 bersama sepupunya, ketika kejadian malang itu berlaku.
Kemalangan tersebut juga dikatakan telah berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (Central Elite Expressway) Sabtu lalu.
Setelah Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, salah seorang wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd., Vea memberitahu bahawa keluarga Sandra Dianne ingin mempercepatkan urusan pengebumian di kampung halaman mereka.
Laporan Berita Harian pula menyatakan bahawa urusan membawa pulang jenazah Allahyarham Sandra Dianne sedang diusahakan, dan arwah akan dikebumikan pada petang 11 September 2020 di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.
View this post on Instagram
Keluarga kepada arwah yang sebelum ini sangat popular dengan lagu ‘Hey Kau!’ memohon maaf jika arwah Sandra Dianne mempunyai salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah atas berita sedih ini.
Farisha Irish, yang merupakan salah seorang peserta Big Stage 2020 merupakan antara yang paling terkesan atas pemergian Sandra Dianne, yang dianggap sebagai ‘Family Big Stage’.
Rata-rata rakyat Malaysia turut bersedih atas pemergian Allahyarham Sandra Dianne yang sungguh tragis.
Alfatihah ( dibaca )
Condolences and stay strong family sandra 😔😢 pic.twitter.com/aK9rt7dXwo
— am🌻 (@amriiahmad_) September 10, 2020
Alessandra Dianne Ampuria ..
1994 – 2020 ..
Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga dan kenalan arwah. Al fatihah@TuaranTown_ @KKCity @SABAHtwt pic.twitter.com/s2LRlLs8em
— Mohd Adam Hj Arinin (MAHA) (@MAHA_namanya) September 10, 2020
Buat Allahyarhamah Alessandra Dianne Ampuria, meskiPUN usiamu masih muda, semangatmu membara setinggi Gunung Kinabalu, tetapi Allah lebih sayang kepadamu. Semoga Allahyarhamah Alessandra Dianne Ampuria tenang di sana
Salam takziah buat keluarga#sandradalamkenangan pic.twitter.com/AnD3xExRVw— UsopMania (@ManiaUsop) September 11, 2020
Salam takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat terdekat Allahyarham Sandra Dianne, semoga pemergiannya dirahmati Tuhan.