Biadap Dengan Gelandangan, Ramai Selebriti Tampil Sekolahkan Carl Samsudin – Manis Madu
Biadap Dengan Gelandangan, Ramai Selebriti Tampil Sekolahkan Carl Samsudin_seperti Aaron Aziz dan Sherry Ibrahim

Biadap Dengan Gelandangan, Ramai Selebriti Tampil Sekolahkan Carl Samsudin

Trending di media sosial berkenaan video seorang lelaki dipercayai Influencer yang bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Menurut laporan Kosmo, kejadian berkenaan difahamkan berlaku pada jam 11.30 pagi semalam ketika lelaki itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk “Ubah Hidup” kepada 20 gelandangan yang berada di pusat transit tersebut. 

Video yang tular itu bagaimanapun menampakkan lelaki berkenaan jelas tidak memakai pelitup muka dan menyebabkan dia di kompaun sebanyak RM1,500 di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

 

Pihak berkuasa juga telah memanggil lelaki berkenaan untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 5.20 petang untuk memberi keterangan.

 

Tindakan yang kurang sopan itu telah menyebabkan lelaki terbabit mencetus kemarahan warganet dan menerima banyak komen dari netizen.

 

Ada juga yang meminta agar influencer lain menghentikan sebarang pembelian ke atas produk yang berkaitan pengasas itu.

“I jemput semua influencers untuk cancel brand founder biadap yang hina pakcik gelandangan tu. Sombong dan bongkak betul cara dia cakap” – @tattyhassan

 

Selain Netizen, ramai juga kalangan selebriti antaranya seperti Aaron Aziz dan Sherry Ibrahim memberi tindak balas terhadap video yang tular itu kerana bengang dan marah dengan tindakan lelaki berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

“Sherry memang pantang dengan orang yang tak pandai nak hormat orangtua macam ni. Tak perlu kot nak merendahkan orang macam tu. Sangat tak baik” – @Sherryibrahim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Salam brader. Lu kalau nak tolong orang jangan nak korek corek kisah silam siapa-siapa. Gua tak tahu la lu siapa tapi jaga lu punya adab. Dorang gelandangan, penagih ke, pengemis ke lu kalau nak buat kerja kebajikan this is not the f%@kin way” – Aaron Aziz

 

Ekoran dari kejadian ini, Carl Samsudin bagaimanapun meminta maaf kepada semua pihak diatas kesilapan yang dilakukan kepada warga emas tempoh hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE PRESIDENT 🎩 (@carlsamsudin)

Lelaki itu bagaimanapun memberitahu dia sama sekali tidak berniat untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana dia juga pernah merasa susah dan perlukan bantuan orang ramai.

Post a Comment