Biadap Dengan Pekerja Pandu Lalu, Lelaki Teruk Dikecam Hingga Private Media Sosial! – Manis Madu
Biadap dengan pekerja McD, drive thru McD, campak duit, marah pekerja, dikecam netizen

Biadap Dengan Pekerja Pandu Lalu, Lelaki Teruk Dikecam Hingga Private Media Sosial!

Tindakan seorang lelaki memarahi pekerja restoran makanan segera kerana tidak berpuas hati dengan layanan diterimanya ketika memesan makanan secara pandu lalu mengundang kecaman orang ramai.

 

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @elorakdshn, dia meluahkan rasa marah dengan tindakan keterlaluan lelaki itu.

“Sumpah aku panas hati tengok si pondan hauk ni maki maki cashier McD. His defence was cashier tu tanya balik nak berapa pcs?? Dengan staff marhaen kau berani lah tunjuk power eh, ke sebab tengah record???,” ciap wanita itu.

 

Menerusi rakaman berdurasi lebih dua minit itu, difahamkan pekerja restoran itu bertanya semula jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli sebelum lelaki berkenaan dilihat mula meninggikan suara dan bertindak kasar.

 

Lelaki itu kemudian menuju ke kaunter juruwang untuk membuat pembayaran dan mula menunjukkan reaksi muka berang ketika perlu menunggu baki wangnya.

 

“Cepatlah! Terhegeh-hegeh. Tak perlu minta maaf, dah salah tetap salah, aku tengah panas ni,” katanya setelah pekerja tersebut memohon maaf.

 

Kejadian itu mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan lelaki itu bersikap biadap dan menjengkelkan.

 

“Perempuan with period pain pun tak annoying macam ni,” tulis @eunhanalv

 

Rude much?? Dia order pun lambat. Depan tu baru nak tanya. Usually kat drive thru orang dah fikir nak makan apa. Tanya banyak macam tu, orang confuse la. Kalau nak lama gini pegi masuk la woi,” tambah seorang netizen.

 

“I pernah kerja Starbucks drive thru. Customer macam ni lah yang paling sial tau tak and also punca bad mood. Sambil ambik order sambil tangan bergerak kira duit baki untuk customer dekat cashier, ambik order sambil buat air pun. Haa kau faham tak struggle tu,” luah seorang lagi warganet.

 

Sejak kejadian itu viral, lelaki tersebut telah memadam video berkenaan dan turut menukar akaun laman sosialnya kepada mod private.

Post a Comment